suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Lelaki Terbunuh Dalam Serangan Di Selatan Thailand

PATTANI: Tiga lelaki terbunuh apabila sekumpulan militan bersenjatakan M-16 menyerang sebuah kampung di daerah Saiburi, di sini , malam tadi.

Ketua Polis Saiburi Kolonel Amnaj Dee berkata tiga lelaki itu sedang menaiki sebuah pikap di sepanjang kampung Tungket dan Baoloh Moo 4, Tumbol Paseyawoh di Saiburi, bagi menghantar 400 anak ayam ke perkampungan berdekatan.

Mereka diserang hendap dan ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan dua M-16 pada kira-kira 9 malam, katanya.

Beliau berkata Sutin Panja, 24, Weerapol Jantarungsi dan Watchara Tirafarika, kedua-duanya berumur 21 tahun. Mereka mati di tempat kejadian.

"Sesetengah anak ayam itu juga mati," katanya.

Kol Amnaj berkata polis menjumpai 25 kelongsong peluru di tempat kejadian.

Lebih daripada 4,000 orang terbunuh di selatan Thailand sejak kumpulan pemisah melancarkan semula kempen mereka pada Januari 2005 bagi menuntut kemerdekaan wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala, yang mempunyai majoriti penduduk Islam. -BERNAMA

Artikel Lain