suria

Bom Dijumpai Di Nontaburi, Thailand

BANGKOK: Sebutir bom tangan yang tidak meletup dijumpai di hadapan sebuah bangunan komersial di Nontaburi dekat sini Selasa, kurang 24 jam selepas pejabat Peguam Negara diserang dengan bom.

Bom buatan sendiri itu dijumpai oleh pemilik bangunan tersebut, Sumali Luengdamrongkit, 48, di bawah keretanya pada 3.30 petang.

Ketua Polis Nontaburi, Maj Jen Suphakit Srichanont berkata siasatan awal mendapati pemilik bangunan tersebut tidak bermusuh dengan sesiapa.

Beliau menjangka bom berkenaan diletak oleh orang tertentu bagi mencetuskan kekacauan dan menambah jika bom itu meletup, ia boleh memusnahkan bangunan tersebut.

Sebutir bom meletup di perkarangan Pejabat Peguam Negara pada 8.30 malam semalam.

Semalam Jabatan Siasatan Khas mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku serangan bom bermotif politik di ibu kota ini sehingga penghujung tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain