suria

Dua Pelajar Cedera Dalam Serangan Bom

BANGKOK: Dua pelajar wanita cedera dalam satu serangan bom yang keempat ke atas bandar ini dalam tempoh dua bulan, di sini pada Jumaat

Timbalan Komander Stesen Polis Pongpang Leftenan Kolonel Polis Phumithat Kositawanitchapong berkata bom itu, yang disembunyikan dalam sebuah tong sampah di Soi 29, Jalan Rama III, meletup pada 5.30 petang ketika kedua-dua pelajar lalu di kawasan itu.

Identiti kedua-dua mangsa dan tahap kecederaan mereka belum dapat dipastikan. Pada 31 Ogos lepas, sebiji bom telah meletup di bangunan yang menempatkan stesen National Broadcasting Television (NBT) milik kerajaan di sini, bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dalam serangan tersebut.

Seorang pengawal keselamatan cedera parah apabila sebutir bom tangan meletup di Kompleks Bebas Cukai King Power di sini pada 27 Ogos lepas, manakala letupan bom lain 30 Julai lepas mencederakan seorang pencari barangan lusuh.

Bangkok dan enam wilayah lain telah diletakkan di bawah perintah darurat sejak awal April lepas, berikutan beberapa kejadian protes antikerajaan dan kekacauan yang mengorbankan 91 orang dan menyebabkan 1,800 cedera. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain