suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sokongan Dua Calon Bebas Tentukan Nasib Australia

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengekalkan jawatannya dengan kelebihan satu kerusi selepas mendapat sokongan daripada dua calon bebas, Selasa.

Kemenangan tipis Gillard sebelum ini menyebabkan Parlimen tergantung buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa dekad.

Pemimpin wanita pertama di negara itu yang mengambil tampuk pemerintahan ekoran pemberontakan mengejut sejak 10 minggu lalu mencatat kemenangan tipis untuk membentuk kerajaan dengan sokongan daripada dua calon bebas selepas 17 hari perbincangan pasca pilihan raya diadakan.

"Parti Buruh bersedia untuk memerintah. Saya percaya rakyat Australia mahu kami mencari titik persamaan untuk kepentingan negara," katanya.

Gillard, 48, yang dilahirkan di Barry, Wales hampir-hampir menjadi pemerintah paling singkat sekiranya beliau gagal mendapatkan sokongan dua calon bebas itu susulan persaingan sengit dalam pilihan raya pada 21 Ogos lalu.

Tiga ahli politik yang bertanding membawa haluan masing-masing pada minit terakhir dengan Bob Katter memihak ketua parti konservatif, Tony Abbott.

Gillard disahkan memegang jawatan perdana menteri selepas ucapan panjang oleh Rob Oakeshott, calon bebas terakhir yang mengumumkan sokongan penuh kepada beliau.

"Saya akan memberikan keyakinan dan sokongan kepada kerajaan mulai hari ini. Ini bermakna keyakinan dan sokongan kepada Julia Gillard," kata Oakeshott.

Artikel Lain