suria

Menteri UK Lawat Malaysia Dua

KUALA LUMPUR: Lord David Howell, Menteri Negara di Pejabat Luar Negara dan Komanwel Britain, akan melakukan lawatan dua hari ke Malaysia, bermula Rabu.

Kenyataan Suruhanjaya Tinggi Britain di sini hari menyebut ini merupakan lawatan sulung oleh seorang Menteri Britain di bawah kerajaan campuran yang baru.

Semasa lawatan itu, Howell akan mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Komanwel, Pengerusi Persatuan Anggota-anggota Parlimen Komanwel Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dan Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot.

Selain memberi tumpuan kepada Komanwel dan dasar tenaga, Howell akan turut mengadakan perbincangan berhubung perdagangan dan pelaburan negara dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Saya mengalu-alukan semakan semula Komanwel baru-baru ini oleh Kumpulan Tokoh Terkemuka yang bermatlamat menambah baik keberkesanan dan hubungannya kepada kira-kira dua bilion warga Komanwel," kata Howell dalam kenyataan itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai rekod sokongan yang kukuh bagi institusi Komanwel dan amat bersesuaianlah Abdullah dipilih sebagai Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka yang akan membuat syor berhubung pembaharuan kepada 54 negara anggota tahun depan.

Howell akan turut melawat British Council untuk membincangkan hubungan pendidikan antara kedua-dua negara. -BERNAMA

Artikel Lain