suria

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Antara Imam Tarawih Di Masjidil Haram

SHEIKH ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS
SHEIKH ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS
SHEIKH ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS

MAKKAH: Solat Tarawih pada Ramadan di Masjidil Haram di sini akan diketuai oleh empat imam tersohor yang bertugas mengikut giliran bagi mengimamkan jemaah.

Pelantikan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Saud Al-Shuraim, Abdullah Al-Jihani dan Maher Al-Me’aigli diluluskan Presiden Unit Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Saleh Al-Hussayyen.

Sheikh Abdul Rahman dan Abdullah akan mengimamkan solat pada malam ganjil, manakala Saud dan Maher pula akan bertugas pada malam genap.

Sheikh Abdul Rahman juga akan mengimamkan solat Tahajud dan mengkhatamkan tadarus al-Quran pada malam 28 Ramadan sementara solat Subuh akan diimamkan Sheikh Saleh Humaid, Zuhur oleh Sheikh Osama Khayyat dan Asar oleh Sheikh Khaled Al-Ghamdi.

Bagi solat Maghrib pula Sheikh Abdul Rahman dan Faisal Al-Ghamdi akan bertugas secara bergilir manakala Sheikh Saleh Al-Talib ditugaskan mengimamkan solat Isyak. - AGENSI

Artikel Lain