suria

Pakistan Mungkin Haramkan Filem Bollywood Ketika Aidilfitri

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mungkin akan mengharamkan filem dari India ditayangkan di pawagam negara itu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri, dilihat sebagai langkah untuk menggalakkan industri filem tempatan.

Menteri Kebudayaan Pakistan, Aftab Shah Jilani, berkata keputusan mengenainya bagaimanapun akan dibincangkan Kabinet negara itu dengan lebih mendalam tidak lama lagi.

“Kami mahu melindungi industri kami dan memberi banyak kemudahan serta faedah kepada penerbit filem tempatan," katanya.

Aftab berkata, penerbit filem mengadu kepada kerajaan bahawa pemilik pawagam lebih gemar menayangkan filem Bollywood sehingga membanjiri pasaran tempatan.

Industri filem Pakistan menunjukkan kemerosotan ketara sejak dua dekad lalu dengan penerbit tempatan kurang mengeluarkan filem.

Mutu filem tempatan juga dikritik hebat kerana plot penceritaan dan produksi yang lemah. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain