suria

Penjagaan Kesihatan Bertambah Baik Tetapi Semakin Mahal

SINGAPURA: Apa caranya untuk mencapai kualiti dan akses lebih baik; serentak itu kos lebih rendah dalam penjagaan kesihatan?. Ini persoalan yang berlegar pada Dialog Dasar Penjagaan Kesihatan Asia Timur yang dirasmikan pembukaannya di sini, Rabu menjelang Mesyuarat Para Menteri Kesihatan Asean esok.

Dalam ucapan merasmikan dialog itu di sini, Menteri Kesihatan Singapura Khaw Boon Wan berkata industri penjagaan kesihatan belum dapat menyediakan penjagaan kesihatan lebih baik dan lebih murah serentak kepada orang ramai setakat ini.

Beliau berkata walaupun sains perubatan telah dapat mengurangkan kadar mortaliti dan melanjutkan jangka hidup, tetapi kos telah meningkat tinggi mengakibatkan negara-negara kaya juga tidak dapat mengadakan penjagaan kesihatan sejagat yang baik. Khaw bagaimanapun yakin industri penjagaan kesihatan pada satu hari nanti akan dapat menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan murah secara lebih meluas.

Melihat kepada ICT sebagai contoh, menteri itu berkata tidak terdapat pertentangan dalam sektor itu di mana teknologi maklumat, jalur lebar dan telefon mobile semakin berpengaruh, sentiasa wujud tetapi serentak itu murah. - BERNAMA

Artikel Lain