suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

28 Pelombong Arang Batu Maut di China

BEIJING: Polis menahan pemilik lombong arang batu di daerah barat laut China, Shaanxi di mana 28 pelombong terbunuh dalam kebakaran, lapor agensi berita Xinhua Ahad.

Kesemua pelombong terbabit berada dalam terowong maut apabila kabel bawah tanah terbakar pada Sabtu malam di lombong Xiaonangou di Hancheng, menurut laporan yang memetik pejabat daerah Shaanxi.

Menurut laporan itu lagi, pasukan penyelamat menemui lima mayat pelombong pagi Ahad dan siasatan sedang dijalankan.

Bagaimanapun tiada laporan lanjut mengenai insiden itu.

Beribu-ribu orang maut di lombong-lombong arang batu di negara itu setiap tahun walaupun pemerintah China meminta supaya operasi perlombongan kecil atau tidak selamat digabungkan atau ditutup. - Agensi

Artikel Lain