suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

61 Maut Kereta Api Bertembung Di India Mungkin Akibat Sabotaj

SAINTHIA (India): Pihak berkuasa perkhidmatan kereta api India tidak menolak kemungkinan tragedi pertembungan gerabak ekspres pengangkutan awam yang mengorbankan 61 orang dan 90 yang lain cedera itu disebabkan perbuatan sebotaj atau kesilapan manusia, lapor agensi berita China Xinhua.

Kemalangan itu belaku selepas sebuah kereta api penumpang di sebuah stesen di barat India awal Isnin.

Kejadian berlaku pukul 2 pagi waktu tempatan apabila Uttarbanga Express merempuh Bananchal Express yang sedang bergerak meninggalkan platform di stesen Sainthia, kira-kira 200 kilometer di utara Calcutta.

Kemalangan itu menyebabkan dua kereta api penumpang dan sebuah kereta api pengangkut musnah.

Pegawai perkhidmatan pengangkutan awam utama di negara itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkina perbuatan sabotaj ekoran landasan di kawasan kemalangan memiliki sistem amaran yang sangat jelas.

Sistem itu hanya membenarkan hanya satu kereta api melaluinya pada satu-satu masa.

Kata Pengurus Besar Eastern Railways, V. N. Tripathy kepada pemberita, sistem itu mungkin telah diubah atau pemandu Ekspres Uttar Banga telah melanggarinya.

"Apa pun Pesuruhjaya Keselamatan Kereta Api sedang menyisata kejadian ini dan kita akan tahu puncanya selepas ini," tambahnya - Agensi

Artikel Lain