suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stesen TV Berbayar Singapura Didenda $50,000 Kerana Gangguan Siaran

SINGAPURA: SingNet, penyedia perkhidmatan siaran televisyen berbayar Singapura, didenda $50,000 oleh pihak berkuasa kerana gangguan siarannya pada 1 Mac berikutan masalah perisian.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) berkata sebagai pemegang lesen perkhidmatan siaran televisyen berbayar ke seluruh negara, SingNet perlu mematuhi syarat yang dikenakan berhubung kualiti perkhidmatan dan khidmat pelanggan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MDA berkata ia mempunyai bukti bahawa SingNet melanggar syarat yang terkandung dalam lesennya tentang kualiti perkhidmatan dan khidmat pelanggan apabila perkhidmatan Mio TVnya tergendala sekitar pukul 6 pagi hingga 6 petang pada hari berkenaan.

MDA berkata walaupun SingNet berusaha untuk mengatasi masalah perisian itu dan menyambung semula perkhidmatannya, kejadian itu menjejaskan lebih 10,000 pelanggan dengan mengakibatkan pelbagai kesukaran kepada mereka.

MDA juga berpendapat SingNet sepatutnya menyediakan khidmat sokongan yang lebih baik kepada pelanggan dan mengendalikan aduan mereka dengan segera.

Kata MDA cara SingNet mengendalikan panggilan juga amat mengecewakan apabila pelanggan mengadu bahawa mereka tidak dapat menghubungi pusat panggilan selama beberapa jam, termasuk pada hari gangguan siaran itu berlaku. - BERNAMA

Artikel Lain