suria

Hero England ramal Gerrard akan bertahan jadi bos Rangers selama beberapa tahun

Gerrard. - Foto Ian MacNicol/Getty Images

PEMAIN legenda England, Terry Butcher mengakui terkejut dengan kritikan terhadap bos Glasgow Rangers, Steven Gerrard dan meramal bintang Liverpool itu akan menjadi bos Ibrox untuk beberapa tahun akan datang.

Bekas kapten Rangers itu kagum dengan kemampuan Gerrard berkhidmat sebagai pengurus buat kali pertama.

Dia tidak percaya bahawa terdapat sekelompok kecil penyokong Gers yang hilang sabar dengan pengurus itu.

Ibrox kelihatan bersedia untuk mengakhiri musim tanpa sebarang pingat selepas tersingkir daripada kedua-dua piala oleh Aberdeen.

Skuad itu berada 10 mata di belakang pesaing sengit, Celtiv dengan baki hanya lapan perlawanan dalam liga.

Sejumlah kecil peminat Rangers juga mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk menukar bos baharu.

Tetapi Butcher menganggap bahawa cadangan itu tidak munasabah.

"Saya tidak boleh percaya. Saya fikir dia (Gerrard) telah melakukan kerja yang sangat baik.

"Ia akan menjadi satu tugas yang sukar kerana mereka dalam tempoh peralihan dan juga disebabkan oleh masalah kewangan wang selain cuba untuk mengejar Celtic.

"Tetapi dia telah melakukannya dengan baik dan saya rasa apa yang akan berlaku adalah dia tidak akan memenangi trofi pada musim ini.

"... atau mungkin tidak akan memenangi sebarang trofi, tetapi Rangers sudah lama tidak memenangi sebarang trofi, hanya menjuarai kejohanan," kata Butcher kepada TalkSport. - Liverpool Echo

Steven Gerrard, Terry Butcher

Artikel Lain