suria

Ayu Puteh kongsi perkenalan Azri Iskandar dan usahawan bergelar Datuk, anak-anak bagi restu tamat zaman duda 

Hubangan Azri dan Noora turut mendapat restu daripada anak-anak.

PENERBIT Datuk Ayu Puteh memberi bayangan pelakon Azri Iskandar bakal menamatkan zaman duda dengan rakan baiknya dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Ayu atau Normashayu Puteh, 48, berkata, hubungan Azri dan Noora juga sudah mendapat restu anak-anak aktor berkenaan selepas mereka bertemu dalam sebuah majlis makan malam baru-baru ini.

"Selepas sesi makan malam bersama macam ada kata putus untuk mereka berkahwin tapi perancangan seterusnya saya tidak tahu.

"Apa yang pasti Azri sudah mendapat restu daripada anak-anak untuk menamatkan zaman duda," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

azri iskandar 1

Ayu dan Ellie turut menyertai makan malam bersama Noora.

Kisah Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan malam bersama tular di media sosial yang turut disertai bekas isteri aktor itu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty.

Ellie menerusi hantaran di Instagram miliknya turut memuat naik foto berpelukan dengan Noora selain memuji kecantikan wanita berkenaan.

Ayu menambah, dia terlebih dahulu mempertemukan Noora dengan Ellie sebelum mereka meluangkan masa makan malam bersama di sebuah hotel.

Kata Ayu, Ellie yang meminta untuk berjumpa dengan Noora kerana ingin berkenalan dan memberi restu hubungan mereka.

ARTIKEL BEKAITAN: Ellie Suriaty jumpa kekasih Azri Iskandar, puji wanita berstatus Datuk cantik luar dan dalam

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lebih setahun tak jumpa tunang, hubungan Azri Iskandar dengan Dr Azra mula renggang... Kini sedang mengenali wanita lain

"Kata Ellie walaupun sudah bercerai dia mahu memberi restu selain mahu pastikan Noora adalah wanita terbaik buat Azri dan anak-anak," ujarnya.

Bercerita detik pertemuan Azri dan Noora, Ayu memberitahu mereka berjumpa sekitar pertengahan tahun lalu ketika sama-sama hadir ke majlis tayangan sebuah filem.

Ayu bagaimanapun tidak mengetahui Noora dan Azri bertambah rapat sejak pertemuan itu sehinggalah wanita itu berkongsi mengenainya.

"Hubungan mereka pernah putus tapi kemudian kembali terjalin. Saya sendiri pun tak tahu mereka berhubung secara senyap selepas pertama kali berjumpa!," kongsinya.

Saya harap Azri dapat kembali bangkit dan memulakan kehidupan baru.

AYU PUTEH

PENERBIT

Tambah Ayu, sebagai sahabat dia percaya Noora dapat memberi kebahagiaan dan mengubah hidup Azri ke arah lebih baik jika mereka berkahwin kelak.

"Selepas banyak kata-kata negatif tentang Azri, saya harap dia dapat kembali bangkit dan melihat dia kembali memulakan kehidupan baru.

"Sebagai kawan saya memang teruja jika Azri dan Noora berkahwin," ujarnya.

Noora, 48, merupakan seorang ahli perniagaan yang juga berstatus ibu tungga dengan dua orang cahaya mata.

azri iskandar 2

Ellie merestui hubungan Azri dan Noora.

Untuk rekod, pemilik nama sebenar Azri Iskandar Zulkifli Iskandar, 56, dan Ellie bercerai tlak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 15 tahun.

Dalam perkembangan lain, Ayu memberitahu Azri kini bernaung di bawah syarikat penerbitannya iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd.

Sebagai permulaan, Azri bakal tampil menerusi dua buah drama baharu, Mawar Dahlia dan Bukan Sekadar Lafaz 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain