suria

Ellie Suriaty jumpa kekasih Azri Iskandar, puji wanita berstatus Datuk cantik luar dan dalam

Ellie doa supaya urusan Azri dan kekasihnya dipermudahkan ke fasa seterusnya.

PELAKON Ellie Suriaty akhirnya bertentang mata dengan teman wanita bekas suaminya, Azri Iskandar yang bergelar Datuk. dikenali sebagai Datuk Noora Kay.

Ellie, 54, turut menyifatkan wanita berkenaan iaitu Datuk Noora Kay sebagai seorang wanita yang mempunyai kecantikan luaran serta dalaman.

Malah Ellie turut tumpang gembira dengan hubungan Azri, 56, dan Noora serta mendoakan agar urusan mereka untuk ke fasa seterusnya dipermudah.

size NP 1 (9)

Keluarga Ellie dan Noora berjumpa untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

"Semoga Allah SWT permudahkan urusan kalian berdua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

"Awak sangat cantik di luar dan di dalam Noora. Saya sangat gembira untuk Azri Iskandar," katanya.

Perkara itu dikongsi Ellie melalui satu hantaran Instastory miliknya pada malam Isnin.

Melalui hantaran lain pula, mereka turut membawa anak-anak bertemu dengan Noora bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan dalam ‘Tanah Kubur’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lebih setahun tak jumpa tunang, hubungan Azri Iskandar dengan Dr Azra mula renggang... Kini sedang mengenali wanita lain

Dalam pada itu, meninjau ke akaun Instagram Noora, dia memuat naik video perjumpaan mereka sekeluarga dan menyatakan rasa syukur kerana segala urusan untuk berjumpa dipermudah.

Malah Noora mengucapkan terima kasih kepada Ellie dan rakan baiknya iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa.

"Mengeratkan ikatan kekeluargaan kami semalam. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMu Yarob. Permudahkan segalanya.

"Terima kasih kepada Kak Ellie dan kawan baik saya, Datuk Ayu. Saya sayang awak berdua sehingga Jannah Allah SWT," jelasnya.

size NP 1 (11)

Azri dan Noora bergambar bersama anak-anak mereka.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, dan Nur Anis Mastura, 28.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain