suria

[V] Lebih setahun tak jumpa tunang, hubungan Azri Iskandar dengan Dr Azra mula renggang... Kini sedang mengenali wanita lain

LEBIH setahun tidak berjumpa dengan kekasih hati, pelakon Azri Iskandar mengakui hubungannya dengan tunang dikenali sebagai Dr Azra sudah mula renggang.

Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, berkata untuk melangkah ke alam perkahwinan, dia perlu memperbaiki hubungannya terlebih dahulu bersama Dr Azra.

"Sudah setahun lebih tidak jumpa dia. Saya rasa biar jelah begitu. Contact pun macam mahu tidak mahu sekarang. Dulu hari-hari, sekarang sudah tidak lagi.

"Saya dengan dia sudah mula renggang, saya nak betulkan balik keadaan. Saya nak pastikan dulu saya dengan dia macam mana. Baru cakap yang seterusnya (berkahwin).

azri2 - 1

Azri mengakui kesibukan kerja membuatkan hubungannya dengan tunang renggang.

"Kami ada potensi nak berbaik. Saya tidak bergaduh dengan dia cuma jarang berjumpa, itu jadi renggang," katanya kepada mStar.

Azri mendedahkan perkara itu ketika ditemui di pratonton filem Kutukan Sembilan Setan di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Tambah Azri, dia dan wanita berumur 44 tahun itu sudah lama tidak berjumpa disebabkan kesibukan bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar jadi kahwin Dr Azra tahun ini, buat kenduri tapi tak mahu bersanding

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan dalam 'Tanah Kubur'

Malah, Dr Azra kini sedang sibuk berlatih Muay Thai untuk menjayakan sebuah drama yang bakal ditayangkan di platform Viu.

"Saya ada ajak (keluar). Dia bukan tidak mahu jumpa, tapi dia sibuk. Dia ada event yang outstation. Dia juga sibuk sebab tengah berlatih Muay Thai sebab dia dapat tawaran drama untuk platform Viu.

"Dia dapat bayaran RM500,000 walaupun diminta. Mula mula dia tolak, tapi produksi kata boleh bayar, jadi dia terima," ujarnya.

Sudah setahun lebih tidak jumpa dia. Saya rasa biar jelah begitu. Contact pun macam mahu tidak mahu sekarang.

AZRI ISKANDAR

PELAKON

Dalam pada itu, Azri mengakui emosinya sedikit terganggu kerana sering dituduh gila gara-gara masih merahsiakan wajah kekasihnya itu.

Sehinggakan bekas isteri iaitu Ellie Suriaty dan anak-anak turut memintanya untuk mencari teman wanita baharu.

"Saya memang rasa tergangggu bila teman wanita saya tidak mahu dedahkan dirinya, anak-anak saya bahkan bekas isteri saya suruh cari wanita lain.

"Ellie pun tak suka, anggap dia scammer. Dari satu sudut dia (Dr Azra) selamatlah tapi saya jadi mangsa. Tak apa saya terima ini sebagai satu ujian," ujarnya.

Sementara itu, Azri turut mengakui sedang mengenali hati budi beberapa wanita untuk dijadikan teman hidupnya.

"Sekarang saya sedang mengenali beberapa wanita. Wanita lain yang saya sedang kenali ini ada yang dalam industri dan ada yang bukan.

"Hari itu saya ada keluar dengan seseorang. Anak-anak setuju saya jadikan dia teman hidup. Mereka tidak mahu Dr Azra sebab anggap dia scammer," katanya.

Pada 29 Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya dikenali sebagai Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis.

azri1 - 1

Azri tidak mahu tergesa-gesa memikirkan soal kahwin.

Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.

Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain