suria

“Kalau tak jatuh cinta setiap hari” - Zara Zya pesan penting jaga ikhtilat, curang bukan ketentuan tapi pilihan manusia 

Zara menegaskan penting menjaga ikhtilat bagi lelaki dan perempuan.

BELUM reda isu dicekup berkhalwat dengan pelakon Ruhainies dan kes penceraiannya dengan Bella Astillah, Aliff Aziz dianggap tidak serik kerana gagal mengubah sikap yang gemar berlaku curang.

Rakan selebriti juga ramai menampilkan rasa bengang dengan sikap Aliff kerana tidak menyangka artis kelahiran Singapura itu tergamak melukan hati Bella berkali-kali.

Tidak menujukan kepada mana-mana pihak, pelakon Zara Zya berpendapat penting bagi seseorang menjaga batas pergaulan bagi mengelakkan sebarang hubungan terlarang.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berpendapat lelaki dan perempuan tidak sepatutnya bermesraan secara lebih-lebihan walaupun dengan niat berkawan.

Untitled design - 2024-04-23T120535.864

Zara membuat perkongsian itu menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin.

"Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat, kalau tidak kita akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

"Jangan terlalu buka ruang bemesraan atas niat sekadar berkawan berlainan jantina," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Isnin.

Jelas pelakon drama Love You Mr Arrogant itu, batas pergaulan yang tidak dijaga memudahkan syaitan memperdayakan manusia.

"Bila batas dan pergaulan tidak jaga mudah syaitan datang buat kerja," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita zaman sekarang terlalu murah” - Lana Nodin tengah sakit pun terkesan baca kontroversi Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun tak jumpa selepas putus tunang... Zara Zya terkejut Hafreez Adam tegur tanya khabar

Dalam pada itu, Zara turut menasihati orang ramai bahawa kelakuan curang itu bukan ketentuan Tuhan tetapi pilihan manusia.

"Pilihan ditangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan yang dipilih," katanya.

Pada Isnin, nama Aliff kembali hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dia adalah kekasih aktor itu sejak Januari lalu.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

553 (7)

Sarah membuat pendedahan mengenai hubungannya dan Aliff pada Isnin.

Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun aktor itu enggan menceraikan isterinya pada sebutan kedua kes berkenaan pada 4 April lalu.

Ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pernah bercerai pada 2019 namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain