suria

Salah seorang mangsa nahas 2 helikopter bertembung di Lumut suami sepupu Eyra Hazali

Sepupu Eyra Hazali antara mangsa yang terkorban.

SALAH seorang mangsa nahas dua helikopter yang bertembung pada pagi Selasa adalah suami kepada sepupu pelakon Eyra Hazali.

Eyra memaklumkan mangsa dikenali sebagai Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin adalah antara 10 mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

"Al-Fatihah kepada semua yang terlibat dengan kemalangan helikopter.

Eyra  1

Kenyataan Eyra di Instagramnya pada Selasa.

Salah seorang mangsa adalah suami kepada sepupu saya iaitu Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

"Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulisnya.

Eyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 helikopter ATM bertembung di udara sebelum terhempas

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali persoal penjelasan Ruhainies dan Aliff Aziz, netizen pun rasa macam tak masuk akal - “Dia ingat kita tak tengok 999 ke?”

Kira-kira pukul 9.03 pagi Selasa, dua pesawat malang itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak untuk latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat dua helikopter terbabit bertembung sesama sendiri ketika sedang membuat penerbangan.

Eyra  2

10 mangsa terkorban akibat kejadian tersebut.

Maklumat awal mendedahkan helikopter HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kesemua 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan maut.

Tiga mangsa berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6 manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain