suria

9 penyanyi popular sahut cabaran, ‘The Hardest Singing Show’ cari kreativiti dalam persembahan

The Hardest Singing Show menampilkan sembilan peserta bertanding.

SERAMAI sembilan penyanyi hebat bakal mempertaruhkan kemantapan vokal serta 'showmanship' di atas pentas bagi merebut gelaran juara program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show.

Mereka adalah Datin Alyah, Kaka Azraff, Epul Roza, Aisha Retno dan Stacy.

Turut bertanding termasuklah Zizi Kirana, Putera Muhammad, Ayda Jebat dan kumpulan De Fam.

Zizi (kanan) dan Stacy antara peserta yang bertanding dalam program The Hardest Singing Show.

Zizi (kanan) dan Stacy antara peserta yang bertanding dalam program The Hardest Singing Show.

Senarai peserta itu diumumkan pada sidang media program berkenaan yang berlangsung di ibu negara pada petang Selasa.

The Hardest Singing Show yang bakal berlangsung selama 10 minggu bakal mengetengahkan format memfokuskan kepada kreativiti peserta sebagai elemen utama dalam pemarkahan.

Peserta juga dikehendaki memberikan satu ‘Wow Moment’ dalam ‘showmanship’ bergantung pada idea dan kreativiti para peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Matahari, Stacy juara The Masked Singer Malaysia musim keempat

ARTIKEL BERKAITAN: The Masked Singer Malaysia 4 bersiaran secara langsung, perkenal pasangan duo cili padi dan kostum roti john

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pembaharuan konsep persembahan yang dibawa oleh mereka dapat memberi keunikan buat penonton.

"Pembaharuan format ini ditambah untuk memberi keunikan kepada rancangan-rancangan nyanyian kami yang sering mendapat sokongan padu daripada para penonton dan peminat.

"Kami yakin ‘The Hardest Singing Show’ bakal memberi pengalaman baharu kepada semua termasuk barisan peserta ternama yang akan bersaing dalam rancangan ini," katanya.

Pelawak popular Indonesia iaitu Rina Nose diumum sebagai hos bersama pengacara Nabil Ahmad.

size NP 1 (25)

Rina (kiri) dan Nabil dipilih sebagai hos The Hardest Singing Show.

Persembahan setiap peserta akan diadili 100 peratus daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak setiap minggu.

Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

The Hardest Singing Show bakal menemui penonton bermula 12 Mei depan menerusi siaran Astro Ria, setiap Ahad pada jam 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain