Tujuh MoU Pelaburan Melaka-Guangdong Dimeterai

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 4:49 PM

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob (tengah) bersama Gabenor Guangdong Zhu Xiaodan (enam,kanan) dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (enam,kiri) bergambar bersama wakil-wakil syarikat selepas Majlis Menandatangi Dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Melaka dan Guangdong di Pejabat Yang di Pertua Negeri, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tujuh memorandum persefahaman (MoU), melibatkan pelaburan antara Melaka dan wilayah Guangdong, China dalam bidang hartanah, teknologi maklumat, perubatan dan makanan halal, ditandatangani syarikat dari Malaysia dan China di sini, Sabtu.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan Gabenor Wilayah Guangdong Zhu Xiodan. Turut serta Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

LBS Bina Group Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Tan Sri Lim Hock San dan Zhuhai Jiuzhou Holdings Group Co Ltd yang diwakili Pengerusinya Huang Xin, menandatangani MoU untuk menaik taraf dan mentransformasikan Litar Lumba Antarabangsa Zhuhai di wilayah Guangdong, China.

Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd (MBH) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Badrul Hisham Badruddin dan Pengarah Urusan Zhuhai Shengxing International Trading Company, Cheang Kim U, menandatangani MoU untuk bekerjasama dalam pensijilan makanan halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ayer Keroh Michael E.C Wong dan Presiden Nanyang Hospital Prof Li Wen Yuan pula menandatangani MoU bagi menjalin kerjasama dalam penjagaan klinikal, pembelajaran perubatan dan aktiviti penyelidikan.

Timbalan Pengerusi Melaka ICT Holdings Sdn Bhd Datuk Wizan Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Operasi Huawei Technologies (M) Sdn Bhd Fan Jun menandatangani perjanjian bagi menjayakan projek pembangunan dan penyelidikan bandar raya pintar.

Dua lagi MoU melibatkan KAJ Development Sdn Bhd (KAJ), masing-masing diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Siow Yoke Foong, menandatangani MoU dengan China World Trade Corporation Co Ltd dan Pengarah KAJ Yu Ying Ying dengan Pengurus Besar Guangdong Foreign Construction Co Ltd, membabitkan pembangunan infrastruktur dan penjualan hartanah di Melaka Gateway.

KAJ turut menandatangani satu lagi MoU bagi kontrak perolehan projek pembangunan dan teknologi tinggi. Perjanjian itu dimeterai Pengarah Eksekutifnya Dr Ong Tun Tse dengan Naib Presiden China Volant Industry Co Ltd Wang Xiuchang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Gateway Datuk Michelle Ong berkata MoU itu akan memberikan nilai tambah yang amat besar bagi projek hartanah mega Melaka Gateway.

"Melaka Gateway akan bekerjasama dengan syarikat terkenal yang mempunyai kekuatan tersendiri di China, yang saya yakini akan mengukuhkan projek Melaka Gateway dan membawa projek itu ke persada antarabangsa," katanya.

Badrul Hisham berkata kerjasama MBH itu membabitkan ujian makmal bagi analisis halal dan khidmat rundingan dari segi pengurusan sistem dan prosedur pensijilan halal kepada pengusaha dari China.

Beliau berkata usaha sama yang dijalankan itu diharap membuka peluang kepada Malaysia, khususnya Melaka, untuk melebarkan sayapnya ke China dalam industri halal memandangkan China mempunyai pasaran berpotensi besar untuk industri itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Melaka , Guangdong , Khalil Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan