suria

Tak tergamak biar pakcik makan hati ayam, wanita ‘payung’ nasi kandar lauk ikan... Mula-mula tolak, beritahu tak cukup duit

Kisah seorang wanita membayar makanan warga emas di sebuah restoran nasi kandar menyentuh hati ramai.

SALAH satu cara untuk meraih saham akhirat adalah dengan bersedekah terutamanya kepada insan yang memerlukan.

Tidak kira sama ada kecil atau besar nilainya, yang pasti ia dijanjikan ganjaran oleh Allah asalkan niat si pemberi didasari keikhlasan.

Demikian juga dengan satu situasi menyentuh hati di sebuah restoran nasi kandar baru-baru ini, di mana seorang wanita muda menyantuni seorang lelaki tua yang mahu menjamu selera di premis tersebut.

Menyedari kehadiran lelaki tua tersebut, wanita yang baharu selesai menjamu selera segera ke kaunter kerana mahu membayar makanan yang dipesan pelanggan yang berusia dalam lingkungan 60an itu.

nasi 3

Kita digalakkan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. -Gambar hiasan

"Dia tengok sahaja pakcik ini, terus dia datang ke kaunter. Dia cakap nak belanja pakcik ini. Pakcik ini pun datang ke depan... dia cuma minta nasi dan hati ayam sahaja.

"Kakak yang kata nak belanja itu suruh pakcik ini ambil saja lauk lain, tetapi pakcik kata dia tidak mempunyai duit.

"Kakak itu kata 'tidak mengapa apa saya belanja'. Pakcik itu pun ambil nasi bersama ikan seekor dan air teh o ais," tulis pengendali laman Facebook Nasi Kandar Sulaiman berkongsi cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki! Baru 10 minit bagi kucing makan, acik tak dikenali belanja petrol 2 kali... Pemuda segan tapi terpaksa mengalah

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang keluarga di kampung, pak guard cuma belanja RM100 sebulan! Makan nasi kuah air kosong, bawang mentah

Apa yang menyentuh hati, riak wajah lelaki tua berkenaan bertukar gembira kerana tidak menyangka ada insan yang sudi berkongsi rezeki dengannya.

"Pakcik ini jadi gembira, bukan kerana dapat makan ikan tetapi gembira kerana dia rasa ada juga orang yang ambil berat terhadapnya," tulis pentadbir laman Facebook premis berkenaan lagi.

Sekadar mahu berkongsi kisah menyentuh hati tersebut sebagai pengajaran bersama, hantaran tersebut juga bertujuan menyampaikan mesej agar setiap manusia terutama mereka yang berkemampuan untuk berkongsi rezeki dengan insan memerlukan.

Semoga Allah membalas kebaikan kakak tu dan orang-orang yang bermurah hati dan suka bersedekah.

NETIZEN

"Di luar sana ramai lagi warga emas seperti pakcik ini yang selalu hanya makan nasi sahaja tanpa lauk kerana tidak mampu.

"Jadi kita yang muda inilah perlu menolong mereka. Dapat belanja mereka makan pun cukuplah.

"Tambahan pula apabila kita berbual mesra dengan mereka lagilah mereka akan gembira. Jika bukan kita maka siapa lagi yang akan menyantuni mereka yang tua yang asnaf ini?" tulisnya lagi.

Hantaran tersebut sehingga kini meraih 786 shares di Facebook.

komen nasi kandar

Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap pemurah wanita berkenaan malah mendoakannya dimurahkan rezeki kerana menyantuni insan yang kurang berkemampuan.

"Semoga Allah murahkan rezeki halal buat mereka yang sedekah. Juga semoga yang sedekah, yang terima sedekah dalam lindungan peliharaan Allah.

"Semoga Allah membalas kebaikan kakak tu dan orang-orang yang bermurah hati dan suka bersedekah.

"Alhamdulillah, semoga rezeki anda terus mengalir laju," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain