suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Goreng ayam bukan sekadar lumur serbuk kunyit, ini cara betul!

Ayam goreng enak dimakan bersama nasi panas.

SIAPA yang tak suka makan ayam goreng? Cukuplah seketul ayam goreng bersama nasi dan sambal belacan sudah cukup sedap!

Biasanya, kalau malas ayam hanya dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sebagai bahan perapan sebelum digoreng.

Tapi apa kata cuba resepi ini, pasti anda tidak akan menyesal.

Bahan-bahannya:

1 kg ayam dipotong

2 cawan minyak

2 tangkai daun kari

2 batang serai diketuk

(bahan perapan ayam)

2 sudu makan serbuk kari daging

2 sudu makan serbuk kunyit

2 sudu makan sos ikan

2 sudu makan gula

1 sudu makan serbuk stok ayam

1/2 sudu makan lada sulah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan ayam dengan kesemua bahan perapan ayam dalam mangkuk sehingga sebati. Biarkan selama beberapa jam.

Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daun kari dan serai sehingga naik bau dan ranggup sebelum diangkat.

Gorengkan ayam menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan letak ke tepi untuk seketika.

Goreng sekali lagi ayam dalam minyak panas sehingga masak. Hidangkan ayam dengan daun kari dan serai yang digoreng tadi. - KUALI

Ayam Goreng, Resepi, Kunyit, Sos Ikan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain