suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedap!10 minit siap udon bersama kicap manis dan ayam cincang

Udon bersama kicap manis dan ayam cincang cukup menyelerakan!

PENGGEMAR makanan dari Jepun pasti tahu tentang udon! Pelbagai masakan boleh dibuat menggunakan mi ini termasuk memberikan citarasa tempatan kepadanya.

Apa kata cuba resepi udon ini yang bahan utamanya adalah kicap manis bagi menaikkan lagi rasa mi itu. Cuba okay?

Bahan-bahannya:

1 bungkus udon

1/4 sayur kubis*

Setengah biji lobak merah dipotong*

1 biji cili bengala dipotong*

1 biji cendawan tiram dipotong*

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih dipotong halus

100 gram ayam cincang

4 sudu makan kicap manis

Garam dan lada sulah sebagai perasa

*Sayur boleh diganti mengikut kegemaran anda

Cara-cara membuatnya:

Perapkan ayam yang dicincang dengan garam dan lada sulah.

Rendamkan udon dalam air panas sehinga lembut.

Tumiskan bawang besar, bawang putih dan ayam cincang serta sayur-sayuran sehingga masak.

Masukkan udon, kicap manis dan lada sulah sebagai perasa.

Gaul selama 1 ke 2 minit sehingga masak dan hidangkan dalam pinggan.

Udon, Kicap Manis, Kuali, Resepi

Artikel Lain