suria

Kaki mengelupas cacatkan penampilan, cuba 5 cara ini... tentu putih bersih!

Kaki memerlukan penjagaan rutin agar kulit tidak mudah kering dan merekah.

MEMPUNYAI kaki yang putih dan bersih menjadi idaman hampir setiap wanita kerana ia membuatkan mereka tampil yakin dan berani di hadapan khalayak.

Disebabkan itu, cara menjaga kaki supaya kekal bersih serta putih sangat penting dan sebenarnya ada beberapa rawatan mudah boleh dibuat asalkan dilakukan secara berkala.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya muka, ketahui bahagian lain tubuh mudah tumbuh jerawat

Selain untuk mengekalkan penampilan yang cantik, menjaga kaki juga berguna untuk menangani masalah seperti kulit kering, kasar, kusam, dan parut.

Menurut laman Net Doctor UK, terdapat beberapa perkara yang boleh diamalkan seseorang supaya kaki sentiasa putih dan bersih di samping dapat mengelakkan masalah kulit berlaku, termasuklah;

1. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

1. Makanan berkhasiat

Penjagaan paling asas dalam merawat bahagian kaki ialah makan makanan berkhasiat yang tinggi vitamin B12, C, E, zink, dan biotin.

Anda boleh menemui kebaikan nutrien yang tinggi itu dalam ikan, daging, telur, produk tenusu, kacang, sayur-sayuran, terutamanya tomato dan lobak merah.

Menariknya, makanan berkhasiat ini merupakan pengambilan terbaik yang memainkan peranan penting dalam melindungi serta membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit dan otot kaki supaya terbebas dari kulit kasar, pecah-pecah atau berkerak.

2. Pakai pelembab

Selain itu, penggunaan moisturizer atau pelembab badan cukup berkesan dalam mencegah pembentukan kulit keras atau kulit mati.

Bagaimanapun, anda disarankan memakai losyen yang mengandungi urea (Euciren) yang mampu mengikat air dalam lapisan tisu selain mengurangkan pembentukan sel kulit kering tambahan.

Cara memakai pelembab misalnya pada waktu pagi sebelum menggunakan pelindung matahari dan ketika berada di dalam bilik berhawa dingin, atau pada waktu malam sebelum tidur.

3. RUTIN PENGELUPASAN

3. Rutin pengelupasan

Manakala untuk memastikan kaki bersih dan putih anda digalakkan untuk mengelupasnya secara berkala bagi menanggalkan sel kulit mati yang menyebabkan kusam.

Proses pengelupasan ini boleh dilakukan menggunakan scrub, gel badan, serum badan, atau peremajaan badan dengan kaedah rawatan berasaskan cahaya yang biasanya terdapat di klinik kecantikan.

Alternatif lain pula ialah pengelupasan air masin (2 sudu garam) yang telah dicampur dengan air suam dan merendam kaki selama 15 minit. Tetapi pastikan ketika melakukan rawatan semula jadi ini, kaki anda bukan dalam keadaan cedera.

4. Waxing dan pedikur

Waxing adalah kaedah menarik bulu di sekeliling kaki dan bertujuan untuk menjadikan kulit kelihatan licin dan bersih. Begitu juga dengan pedikur, iaitu rangkaian rawatan yang khusus merawat kecantikan kuku kaki.

Gabungan kedua-dua rawatan ini sememangnya berguna dalam menjadikan penampilan kaki bersih dan terawat disamping saranan untuk melakukan wax kira-kira sekali sebulan.

Manakala pedikur pula, boleh dilakukan setiap dua minggu bergantung pada keadaan rambut dan kuku kaki anda.

5. PAKAI KASUT YANG SESUAI

5. Kasut

Memberi perhatian kepada penggunaan kasut yang anda gunakan setiap hari juga sangat penting. Ini kerana, pemakaian kasut yang tidak sesuai berkemungkinan besar akan merosakkan penampilan kaki.

Sebagai contoh, kulit kaki akan mula menjadi lembab dan berpeluh, serta mengakibatkan jangkitan kulat yang boleh menyebabkan kecederaan sampingan jika seseorang itu kerap memakai kasut sempit.

Oleh kerana itu, seboleh-bolehnya gunakan kasut mengikut saiz kaki tetapi tidak terlalu longgar atau sempit disamping materialnya mempunyai reka bentuk yang selesa digunakan tanpa rasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain