suria

Hitam dan kasar... Apa kata cuba 5 cara cerahkan kulit ketiak

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk putihkan ketiak anda.

WARNA kehitaman pada kulit ketiak seringkali menyebabkan seseorang kurang keyakinan untuk tampil berpakaian tanpa lengan di hadapan orang ramai.

Biasanya permukaan kulit ketiak adalah licin sama seperti kulit di kelopak mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki mengelupas cacatkan penampilan, cuba 5 cara ini... tentu putih bersih!

Namun, ia menimbulkan ketidakselesaan pada seseorang apabila lipatan pada kulit ketiak menyerap mana-mana produk di kawasan itu sehingga menyebabkan bahagian berkenaan menjadi hitam dan kasar.

Dalam pada itu, terdapat beberapa cara yang boleh mencerahkan kulit ketiak yang kehitaman hasil daripada penggunaan pelbagai produk, termasuklah;

1. GUNAKAN SCRUB

1. Scrub

Salah satu sebab paling biasa yang menyebabkan kulit ketiak menjadi gelap adalah pembentukan sel kulit mati.

Walaupun ia adalah kejadian semula jadi, namun jenis kulit yang lebih kering, penggunaan sabun yang keras dan kerap terdedah kepada matahari menjadikan kulit ketiak sebagai tempat pembiakan bakteria dan kulit mati.

Tetapi dalam kes ini, anda disarankan untuk menggosok kawasan ketiak secara lembut yang boleh membantu melawan pembentukan kulit mati.

2. Waxing

Selain itu, antara sebab lain yang menjadikan kulit ketiak menjadi gelap adalah penggunaan pencukur dan krim pencukur.

Ini kerana, kaedah sedemikian hanya memotong rambut di permukaan yang menjadikan pertumbuhan semula rambut di masa akan datang menjadi lebih tebal dan kasar.

Atas dasar itu, anda disarankan untuk menukar pencukur kepada kaedah waxing. Bukan sahaja menarik seluruh rambut dan akar, malah ia tidak meninggalkan kesan kehitaman.

baking soda on the white background

3. Baking soda

Jika keadaan ketiak gelap teruk, anda disarankan menggunakan baking soda. Ia berfungsi sebagai ejen peluntur yang terbukti berhasil dapat mencerahkan kawasan kulit.

Cara penggunaannya, dengan mengambil satu sudu baking soda yang telah diletakkan sedikit air. Kemudian gosok pada kulit ketiak sekuatnya lalu bilas.

Adapun alternatif lain, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi yang mudah ditemui di dapur seperti cuka sari epal.

4. Deodoran

Walaupun tidak terbukti secara saintifik, ramai yang percaya bahawa deodoran boleh menyebabkan ketiak gelap.

Tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhenti menggunakan ubat ketiak, sebaliknya pilihlah deodoran jenama lain yang bertekstur lembut.

Namun perlu diketahui, pemakaian deodoran hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana, apabila seseorang memakai ubat ketiak dengan banyak, cairan itu akan mengeras bukan sahaja pada kulit malah pada baju yang meninggalkan kesan kuning berpanjangan.

5. KENAKAN PAKAIAN LONGGAR

5. Pakaian longgar

Percaya atau tidak, memakai pakaian ketat di sekitar kawasan ketiak boleh menyebabkan geseran sehingga mengakibatkan kawasan bawah lengan menjadi lebih gelap.

Keadaan itu sebenarnya akan menyebabkan perubahan warna pada kulit seseorang, malah akan mengundang kulit mati atau kulit kasar.

Sudah tentu, penyelesaian paling mudah adalah elakkan pakaian yang ketat selain pilihan pakai yang lebih longgar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain