suria

Ingin awet muda di usia tua? Lakukan 4 langkah ini cegah penuaan seawal remaja

Untuk melambatkan penuaan perlulah mengamalkan penjagaan rapi pada wajah di usia remaja lagi. - Gambar Instagram @jpbrinx

REMAJA merupakan zaman titik permulaan seseorang yang berumur belasan tahun untuk mengenali pelbagai peradaban kehidupan ketika meningkat dewasa nanti.

Bagaimanapun, tidak semua remaja boleh berfikiran seperti golongan dewasa. Ia berikutan, keadaan sekeliling yang mempengaruhi mereka secara perlahan-lahan untuk mengikuti arus dunia moden.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah rasa gatal di telinga? Mungkin jerawat puncanya, 5 cara ini dapat atasinya

Sebagai contoh, dari segi kecantikan, rata-rata remaja kini sering mengalami kulit bermasalah seperti berminyak, berjerawat, bintik-bintik merah dan kulit kusam. Ia berlaku kerana kurangnya penjagaan rapi terhadap diri mereka selain hanya terdedah dengan pembelajaran di sekolah.

Tak sama seperti orang muda yang bekerja di usia 20 tahun keatas, mereka lebih cenderung menjaga kesihatan, bukan sahaja persekitaran, pakaian yang dipakai, malah rutin harian rawatan wajah adalah wajib dilakukan.

Namun, terdapat beberapa kajian pakar menerangkan bahawa kulit remaja apabila dijaga rapi mampu menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak, sehingga kelihatan sihat dan berseri tanpa memerlukan banyak produk perawatan kulit, termasuklah;

1. Lindungi kulit dari sinar matahari

Matahari mempunyai dua jenis sinar, iaitu UVA dan UVB. Sinar UVB menyebabkan kulit terbakar, dan sinar UVA adalah punca penuaan kulit wajah seseorang.

Atas sebab itu, salah satu cara untuk mencegah perkara ini berlaku adalah dengan menggunakan pelindung matahari dengan kerap ketika berada diluar rumah.

Malah, semasa usia remajalah anda perlu menggunakan sunscreen ketika banyak terdedah dengan aktiviti sukan lasak di sekolah. Jika tidak, kulit akan mudah berbekas, berbelang-belang, cepat kering dan kusam yang mengambil masa lama untuk cerah semula.

2. Elak mengerutkan dahi terlalu lama

Sama ada seseorang remaja itu berkulit cerah atau gelap, memiliki rupa menawan atau biasa-biasa, apabila sering mengerutkan dahi terlalu lama, ia akan menimbulkan garis halus pada kulit.

Tidak hanya kerutan dahi, ekspresi muka berulang dalam jangka panjang dibahagian lain juga boleh menimbulkan garisan halus. Ia menyebabkan otot-otot di wajah akan berkontraksi, dan jika ini terjadi berulang kali, ia akan menjadi kekal.

Namun, jangan bimbang, ada kajian mengatakan menggunakan cermin mata hitam boleh membantu mengurangkan garis halus yang disebabkan kerutan dahi yang dilakukan dan dikeringkan oleh udara sehingga membentuk garisan kekal.

3. Bersihkan wajah

Umum diketahui, remaja kadangkala ada yang suka cepat untuk bersiap ke sekolah sehingga lupa akan kepentingan bersikap lembut dengan kulit.

Pun begitu, apabila kulit wajah digosok terlalu kuat, ia menyebabkan iritasi pada kulit dan mempercepat penuaan. Malah, kulit menjadi kusam dan kering serta mudah berminyak.

Oleh kerana itu, latih diri seawal usia remaja lagi untuk mencuci wajah dengan gerakan perlahan menggunakan produk pembersih wajah bertekstur lembut di kulit yang dapat membantu menghilangkan polusi tanpa membuat kulit iritasi.

4. Pakai pelembap wajah

Remaja juga perlu mengambil perhatian dari segi pemakaian produk pelembab, apapun jenis kulit yang anda miliki atau yang berminyak sekalipun, amalkan penggunaan pelembab wajah setiap hari supaya penuaan dapat diperlambatkan ketika usia tua nanti.

Secara teorinya, pelembap muka dapat membantu menjaga kandungan udara dalam kulit sehingga menjadikan kulit tampak kelihatan segar dan sihat.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelbagai produk pelembab perlulah selari dengan rutin aktiviti yang lain, seperti kerap bersenam untuk kesihatan luar dan dalaman, amalkan makanan seimbang dan banyakkan minum air.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain