suria

Tahun baharu sinonim azam kurus... tapi tahukah anda roti punca badan tak susut, ketahui 4 langkah mudah capai berat ideal

Pil kurus yang di konsumsi bukanlah cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan sebaliknya membahayakan kesihatan tubuh.

TAHUN 2021 semakin sampai di penghujungnya, rata-rata di antara kita membuat azam untuk tahun hadapan, termasuklah menurunkan berat badan.

Tidak ada sebarang makanan pun yang secara automatiknya boleh membuat penambahan atau penurunan berat badan dengan mudah dan cepat.

ARTIKEL BRKAITAN: Jaga makan tapi masih tak kurus... Ini 5 punca diet anda gagal!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh campuran kopi dan jus lemon mampu turunkan berat badan, pakar beri penjelasan!

Jika anda sedang berusaha membina bentuk tubuh yang menarik, pastikan elak empat makanan ini agar rancangan penurunan berat badan tidak terjejas.

Sliced bread.

1. Roti

Penduduk barat biasanya mengamalkan pemakanan roti dengan kerap sehingga berasa cepat lapar.

Sebenarnya roti adalah karbohidrat halus yang boleh menggagalkan matlamat kesihatan kita untuk menurunkan berat badan.

"Kita cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada yang kita perlukan, kerana roti tidak membuatkan kita berasa kenyang sebaliknya hanya menambah berat badan," kata pakar diet Jinan Banna, PhD, RD.

Justeru, Banna berkata kandungan serat yang diperlukan dalam roti putih telah hilang, dan adalah lebih baik untuk memilih bijirin penuh untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Fry-Chicken-In-A-Deep-Fryer

2. Makanan goreng

Pengambilan makanan yang menggunakan minyak berlebihan di kalangan penduduk Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan.

"Sebagai contoh, kentang goreng mengandungi kalori yang tinggi, apabila kita mengambil lebih banyak kalori yang diperlukan badan sehingga mengganggu sistem pembakaran dalam tubuh, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan dan lebihan minyak akan mengakibatkan wajah berminyak," kata Banna.

Banyak kajian membuktikan bahawa makan makanan bergoreng dikaitkan dengan punca peningkatan berat badan berlebihan sehingga mengalami obesiti.

Dalam pada itu, menurut British Medical Journal individu berisiko obesiti disebabkan oleh faktor genetik disarankan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng.

is-stevia-safe-1296x728-feature

3. Stevia (pengganti gula)

Pakar diet di The Consumer Mag, Janet Coleman, RD, berkata pengganti gula adalah punca kecacatan kita untuk menurunkan berat badan.

"Perlu diingati, walaupun pengganti gula mempunyai sifat kalori, ia masih menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang boleh menjejaskan usaha kita untuk menurunkan berat badan.

"Kajian juga menunjukkan bahawa pengganti gula mungkin menggalakkan penambahan berat badan kerana kesannya terhadap sensitiviti insulin," kata Coleman.

roti-canai-featured-image

4. Makanan rendah serat

"Kita harus mengelakkan kandungan makanan yang rendah serat seperti roti canai, kek beras, keropok, dan makanan lain yang bukan bijirin penuh kerana ia boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.

"Serat melambatkan pengosongan gastrik, yang membuatkan kita berasa kenyang lebih lama jadi potensi untuk kita makan berlebihan akan kurang.

Beliau berkata kanji tahan merupakan salah satu jenis serat yang penting dalam menurunkan berat badan.

"Apabila ia sampai ke usus besar, kanji tahan terhadap bakteria baik. Proses penghadaman ini akan mengasingkan produk sampingan yang menyebabkan peningkatan tindak balas insulin badan, di samping mengurangkan simpanan lemak di sekeliling pinggang," jelas pakar diet Kara Landau, RD.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

diet, roti, makan, obesiti, 2022, kurus,

Artikel Lain