suria

Ketahui dahulu 8 punca bawah mata anda semakin gelap sebelum fikir solusinya

Lingkaran gelap bawah mata adalah satu masalah biasa dalam kalangan individu lelaki mahupun wanita.

LINGKARAN hitam di bawah mata boleh menyebabkan wajah kelihatan letih dan lebih berusia.

Bagi sesetengah orang, ini boleh menjejaskan penampilan mereka malah lingkaran gelap ini sukar untuk dihilangkan untuk individu tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik buat penggemar aiskrim... Pakar ini dedah kebaikan jamah pencuci mulut ini ketika sarapan pagi

Lingkaran hitam ini biasanya muncul apabila kita kurang tidur dan ia adalah masalah biasa bagi lelaki dan wanita.

Tetapi ini bukanlah satu-satunya pencetus kepada masalah ini.

Antara perkara boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata adalah:

Hiperpigmentasi

Faktor ini mungkin disebabkan oleh kongenital (genetik) atau persekitaran.

Contohnya untuk individu yang mempunyai alahan, reaksi ini mungkin berlaku di kelopak mata bawah.

Selain itu, pendedahan matahari yang berlebihan dan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan pigmentasi dan menggelapkan kelopak mata.

Penipisan kulit

Semakin meningkat usia, kulit akan menjadi semakin nipis.

Penipisan membolehkan cahaya menembusi lapisan kulit kelopak mata bawah.

Ini menyebabkan otot dan saluran darah di bawah lapisan kulit menonjol, menghasilkan warna ungu yang gelap.

Apakah punca lingkaran hitam di bawah mata?

1. Keletihan

Tidur yang berlebihan, keletihan yang melampau atau berjaga beberapa jam lebih lama daripada waktu tidur biasa mungkin menjadi punca lingkaran hitam ini.

Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan pucat, menyebabkan tisu hitam dan saluran darah di bawah mata anda menonjol.

2. Tekanan pada mata

Menonton televisyen atau menghadap skrin komputer untuk masa yang lama akan memberi tekanan tertentu pada mata.

Ini akan melebarkan saluran darah di sekeliling mata. Akhirnya ia akan menggelapkan kawasan sekitar organ tersebut.

3. Genetik

Keturunan dan genetik juga mungkin merupakan faktor penting yang menyebabkan lingkaran hitam di sekeliling mata.

4. Umur

Penuaan juga boleh menjadi salah satu faktor biasa yang membawa kepada kewujudan lingkaran hitam.

Semakin meningkat usia, kulit akan semakin nipis.

5. Kurang nutrisi

Oleh kerana kekurangan nutrisi dalam diet, lingkaran bawah mata mungkin muncul.

Pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin A, C, K, E, nutrien dan nutrien lain boleh membantu menghilangkan lingkaran hitam.

6. Alahan

Apabila mengalami reaksi alahan, badan anda mengeluarkan histamin, yang bertindak balas kepada bakteria berbahaya.

Selain menyebabkan gejala yang tidak selesa seperti gatal-gatal, kemerahan dan bengkak mata, histamin juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan kelihatan lebih gelap di bawah kulit.

Menggosok dan menggaru kulit yang gatal di sekitar mata anda boleh memburukkan lagi gejala yang dihadapi, membawa kepada keradangan, bengkak, dan pecah saluran darah, mengakibatkan bayang-bayang gelap di bawah mata.

7. Dehidrasi

Lingkaran ini mungkin menjadi tanda dehidrasi akibat pengambilan minuman berkafein secara berlebihan.

Dehidrasi juga merupakan salah satu punca biasa lingkaran mata bawah.

Jika badan tidak mendapat kelembapan yang mencukupi, kulit akan kelihatan kusam dan mata akan kelihatan cengkung.

8. Cahaya matahari

Pendedahan yang berlebihan kepada matahari boleh menyebabkan badan anda menghasilkan terlalu banyak melanin-pigmen yang memberikan warna pada kulit.

Terlalu banyak cahaya matahari, terutamanya mata boleh menyebabkan pigmentasi di sekeliling kulit menjadi gelap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain