suria

Jualan Akhir Tahun KWC tawar diskaun gila-gila! Boleh shopping di butik ikut SOP, beli online pun mudah

KWC Fashion Wholesale yang terletak di Jalan Gelugor, Kuala Lumpur tampil dengan kempen Jualan Akhir Tahun KWC serta pelbagai tawaran menarik.

SEJAK Covid-19 menular di seluruh dunia, jadual dan gaya hidup kita memang banyak yang berubah.

Lebih ramai kini memilih menghabiskan masa di rumah saja berbanding melakukan aktiviti luar kerana masing-masing nak melindungi diri daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

Tak susah pun sebenarnya menjalani hidup dalam norma baharu! Bagi kaki shopping misalnya, mereka masih boleh membeli belah macam biasa tanpa perlu keluar rumah.

Pendek kata, aktiviti membeli secara online ini sudah menjadi trend sejak musim pandemik kerana ia mudah dan cepat selain boleh menjadi terapi kepada diri.

Selain menyeronokkan, paling best pembelian online ada banyak kelebihan seperti memberi nilai kepada wang anda selain terdapat pelbagai diskaun menarik ditawarkan oleh peniaga.



Sama ada anda membeli-belah secara online atau berkunjung ke butik, jangan lupa gunakan kod promo KWCYES bagi mendapatkan potongan harga istimewa.

Berita baik untuk wanita penggemar fesyen dan kaki shopping yang sedang mencari pakaian sesuai dengan harga istimewa, KWC Fashion Wholesale adalah platform paling sesuai!

Terkenal sebagai peneraju fesyen Muslimah di Malaysia, ia menampilkan kempen yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Jualan Akhir Tahun KWC yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 31 Disember 2020.

Di KWC Fashion Wholesale, anda perlu tahu hanya fesyen semasa dan terkini dengan pelbagai rekaan menarik yang ditampilkan termasuklah pakaian Muslimah moden, pakaian lelaki serta kanak-kanak... paling penting, dijual pada harga borong!

Tak kisahlah sama ada berkunjung sendiri ke butik-butik atau hanya shopping online, yang pasti memang boleh buat anda rambang mata!

Mana tidaknya, hentian ini menempatkan 800 buah butik, menawarkan aneka fesyen Muslimah dan fesyen untuk seisi keluarga.



Di KWC Fashion Wholesale terdapat 800 buah butik yang menawarkan aneka pilihan fesyen kepada pelanggan dan sesuai untuk seisi keluarga.

KWC Fashion Wholesale juga bukan hanya menjual pakaian semata-mata ya! Barangan lain seperti kelengkapan solat, aksesori, barangan keperluan rumah seperti peralatan dapur, barangan kelengkapan bilik tidur, permaidani dan sebagainya pun ada.

Senang cerita, anda tak perlu lagi ke tempat lain untuk berbelanja kerana di sini semuanya ada bagi memenuhi keperluan terapi shopping anda.

Penting untuk anda tahu bahawa kempen ini bukan sahaja untuk menarik pelanggan ke butik tetapi juga pembelian secara online yang boleh dibuat menerusi laman web, Instagram, Facebook, Telegram, Shopee dan Lazada.

Ia bukan sekadar jualan akhir tahun, sebaliknya pelanggan bakal menikmati diskaun hebat sehingga 50 peratus hanya menggunakan kod promo KWCYES ketika membuat pembelian dalam talian atau menunjukkan terus kod tersebut kepada petugas di butik pilihan anda.



Selain pakaian Muslimah moden, di KWC Fashion Wholesale juga terdapat pelbagai aksesori terkini seperti beg tangan dan kasut yang boleh membuatkan anda rambang mata.

Inilah masanya untuk memanjakan diri anda serta insan tersayang dengan pakaian baharu meskipun negara masih dalam proses pemulihan daripada Covid-19.

Sementara itu, bagi yang berhasrat berkunjung ke KWC Fashion Wholesale yang terletak di Jalan Gelugor, Kuala Lumpur, jangan bimbang kerana pihak pengurusan sangat mementingkan soal keselamatan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Bagi menjamin keselesaan ketika membeli-belah, seluruh kawasan pusat beli-belah itu sentiasa disanitasi terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti lif dan eskalator.

Imbasan suhu badan juga akan dilakukan dan sesiapa yang mempunyai gejala seperti demam, selesema atau simptom Covid-19 yang lain tidak dibenarkan masuk ke premis.

Layari www.kenangacity.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan butik di KWC Fashion Wholesale.

Artikel Lain