suria

Pereka kasut Kegan McDaniel 'kahwinkan' Nike Air Force 1 dan Crocs, hasilnya sempoi!

Ramai menyifatkan 'perkahwinan' Crocs dengan Nike Air Force 1 sebagai unik.

SEJAK kebelakangan ini ramai selebriti terkenal Hollywood kembali mengenakan sandal atau clogs untuk gaya kasual mereka.

Lihat sahaja Justin Bieber, penyanyi itu beberapa kali memuat naik foto di Instagram memakai clogs meskipun statusnya sebagai selebriti terkenal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru ada style! Pereka fesyen Jepun tampil rekaan beg pemegang bubble tea

Populariti itu memberi idea kepada pereka kasut berkonsep, Kegan McDaniel tampil dengan rekaan sandal yang mula mencuri perhatian ramai.

Kegan tampil dengan rekaan 'perkahwinan' silang di antara jenama Crocs dengan Nike Air Force 1 yang disifatkan sebagai unik dan mampu menjadi rebutan sekiranya ia dijual secara komersial.



Kagen turut merekanya dalam warna putih.

Tidak hanya mengahwinkan kedua-dua jenama itu, Kegan turut menitikberatkan beberapa elemen pada rekaan kasut itu.

Ini termasuklah menggunakan logo Swoosh yang merupakan jenama Nike, selain membentuk sokongan tumit seperti kebanyakan kasut getah Crocs.

Kegan turut mengekalkan lubang kecil yang terdapat pada toebox Air Force 1, disesuaikan dengan ukuran kasut seperti Crocs. Lebih menarik, pereka itu turut mengekalkan logo ikonik Sole Air Force 1 dengan tulisan 'Air' pada bahagian tepi kasut.

Kegan menampilkan rekaan itu dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan hijau yang merupakan warna khas Crocs. Jika kasut ini benar-benar dijual, adakah anda berminat untuk membelinya?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Nike, Crocs, Fesyen, Mode, Nike Kahwin Crocs

Artikel Lain