suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna baking soda putihkan gigi, selamatkah?

Ramai menggunakan baking soda untuk memutihkan gigi secara semula jadi.

MEMILIKI gigi yang putih adalah dambaan semua orang. Gigi yang putih boleh menjadi titik perhatian apabila kita tersenyum.

Namun kos untuk memutihkan gigi memang mahal sehinggakan ramai yang mencuba memutihkan gigi secara semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap menyental badan guna loofah ketika mandi? Pakar kata bahaya!

Salah satunya adalah dengan menggunakan baking soda! Selain itu, ada juga yang menggunakan lemon, strawberi dan epal untuk tujuan sama.



Gigi yang putih menjadi idaman semua orang.

Bagaimanapun sebenarnya, ia tidak memberikan sebarang kesan sebaliknya hanya akan mengikis gigi menjadi lebih nipis disebabkan bahan-bahan tersebut mempunyai sifat asid.

Jika digunakan secara kerap, lama-kelamaan gigi akan menjadi sensitif dan berasa ngilu kerana lapisan kedua gigi iaitu dentin sudah menipis.

Bagaimanapun mencuba memutihkan gigi dengan bahan semula jadi bukan menjadi satu kesalahan dan sebaik-baiknya ia hanya dilaukan sekali dalam seminggu.

Bagi mendapatkan gigi yang putih sebaik-baiknya gosok gigi dua kali sehari, elak minum kopi selain berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain