suria

Ideal minum 8 gelas air sehari, jika tidak reda saja jerawat tumbuh di wajah

Wajah berjerawat bukan sahaja disebabkan oleh kulit berminyak tetapi kerana kekurangan air dalam badan.

JERAWAT yang tumbuh di wajah memang boleh menjadi masalah besar buat kebanyakan daripada kita kerana ia bukan sahaja menyakitkan tetapi mencacatkan penampilan.

Kemunculan jerawat bukan sahaja berlaku pada mereka yang memiliki kulit berminyak tetapi kulit kering juga boleh mendapat masalah sama.

Apatah lagi jika kurang minum air, maka jerawat dengan gembiranya akan tumbuh di wajah anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap menyental badan guna loofah ketika mandi? Pakar kata bahaya!

Hampir 70 peratus tubuh manusia terdiri daripada air, dan salah satu sebab masalah kulit timbul kerana kurangnya minum air.



Air bukan sahaja penting untuk hilangkan dahaga tetapi memastikan badan tidak mengalami dehadrasi.

Tubuh yang kekurangan air akan menyebabkan timbulnya sel-sel kulit mati. Sel ini akan menempel pada lapisan kulit sehingga menyebabkan pori-pori tersumbat. Akibatnya? Jerawat pun muncul.

Secara tidak langsung, dehidrasi akan menyebabkan punca jerawat. Ini kerana dalam lapisan kulit manusia, terdapat kelenjar sebaceous dan kelenjar ini perlu dijaga keseimbangannya agar ia tidak menghasilkan minyak pada kulit.

Kesalahan utama ketika kulit kita kering - kita lebih gemar menggunakan pelembap untuk mengatasinya berbanding minum air.

Jumlah air yang mencukupi dalam tubuh diperlukan bagi menggantikan cecair yang keluar daripada kencing dan peluh.

Itu sebabnya kita disarankan minum air lapan gelas sehari bagi memberi keseimbangan pada tubuh. Masalah jerawat pun tak timbul!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jerawat, Minyak, Air, Pori-Pori

Artikel Sebelum

Artikel Lain