suria

Jangan bimbang, 5 sebab ini buat lelaki tidak lagi takut pakai pink

Lelaki tidak perlu takut memakai pakaian berwarna pink kerana ia sebenarnya lambang maskulin.

"KENAPA lelaki itu pakai baju warna pink? 'Sesuatu' sangat". Itu mungkin reaksi biasa kebanyakan daripada kita apabila melihat seorang jejaka memilih pakaian berwarna merah jambu.

Jika anda fikir lelaki sejati tidak boleh memakai pakaian warna itu anda silap kerana merah jambu sebenarnya melambangkan kekuatan dan keberanian seorang lelaki.

Malah kebanyakan jenama besar dan pereka fesyen terkenal dunia melancarkan koleksi untuk kaum lelaki bagi musim panas menggunakan warna pink pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak stailo tanpa overdo? Cuba bergaya dengan cekak kepala tebal yang kembali jadi trend

Jangan takut untuk memakai warna itu kerana ini ada lima alasan anda patut berbuat demikian;

Warna kulit dan padanan rona lain dengan merah jambu tidak menjadi isu. 

1. Merah Jambu lambang maskulin

Sejarah memberitahu merah jambu sebenarnya bukan warna melambangkan feminim sebaliknya menurut Pengarah Urusan Muzium di Institut Teknologi Fesyen, Valerie Steele, warna itu telah dipakai oleh kaum lelaki sejak kurun ke-18!

Malah kata Valerie, lelaki pada zaman itu terkenal dengan gaya pemakaian sut berwarna pink yang mempunyai corak flora dan si pemakai akan dilihat sebagai seorang yang maskulin.

2. Anda bukan lagi kanak-kanak yang perlukan 'pakaian lelaki'

Merah jambu dan biru pada dasarnya bukanlah melambangkan jantina seseorang dan sudah tiba masanya anda keluar daripada zon selesa dan hanya memakai warna 'selamat'.

Warna itu sebenarnya sangat sesuai dipakai oleh kaum lelaki jika kena dengan gaya tertentu dan bukanlah dari atas ke bawah pink!

Lelaki yang memakai merah jambu adalah seorang yang berani dan berkuasa. 

3. Pink menarik perhatian wanita

Lelaki semua tahu wanita sukakan warna merah jambu. Apatah lagi kalau anda yang memakainya? Lihat sahaja bintang Kpop yang gemar memakai warna tersebut dan menjadi kegilaan perempuan di seluruh dunia!

Senang kata wanita tertarik dengan lelaki yang memakai pakaian merah jambu. Inilah peluang buat yang masih single dan sedang mencari kekasih hati.

4. Merah jambu buat anda lebih menyerlah dan berkuasa

Ramai tidak tahu sebenarnya pink melambangkan kuasa dan kekuatan malah pada 1991, reben berwarna merah jambu diberikan kepada peserta marathon sebagai tanda kekuatan selain digunakan pada minggu kesedaran kanser.

Malah satu kajian pada 2012 yang dilakukan oleh Cotton USA mendapati lelaki yang memakai warna merah jambu mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada yang memilih warna lain.

5. Pink sesuai dipadankan dengan semua warna

Pink adalah warna versatil dan lelaki yang mempunyai tona kulit gelap lebih nampak kacak memakai warna merah jambu seperti carnation pink, cherry blossom dan lavender pink.

Tidak hanya warna kulit, pink juga senang disuai padankan dengan pakaian berlainan warna biru, coklat yang memberikan impak visual berbeza kepada si pemakai. - REAL STYLE

Merah Jambu, Pink, Lelaki

Artikel Lain