Nak stailo tanpa overdo? Cuba bergaya dengan cekak kepala tebal yang kembali jadi trend

Gaya cekak kepala tebal popular selepas digayakan di pentas peragaan Musim Bunga Prada 2019 lalu. - Getty Images

SIAPA sangka cekak kepala kembali menjadi trend selepas lebih 10 tahun ia dilupakan.

Ketika populariti drama rantaian Gossip Girl berada di puncak, watak remaja sekolah Blair Waldorf yang sering mengenakan cekak kepala dianggap satu fesyen ikutan seluruh dunia.

Kini, cekak kepala dipopularkan semula oleh Miuccia Prada pada pertunjukan fesyen Musim Bunga Prada 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru pakai sekali? Jangan peram dalam almari, 'preloved' sahaja baju raya anda seperti dilakukan wanita ini

Setiap gaya 1960-an yang dibawa ke pentas peragaan itu disempurnakan dengan cekak kepala satin yang tebal dan berkilauan.

Pengasas jenama pakaian, Camila turut tidak ketinggalan untuk mempopularkan gaya cekak kepala tebal ini. - Instagram @camilacoelho

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mula menggayakan cekak kepala tebal itu di laman Instagram sebagai aksesori tambahan.

Kate Middleton merupakan antara yang terawal menggayakan cekak kepala seumpama itu pada November 2018 ketika menghadiri sambutan 100 tahun Perjanjian Gencatan Senjata di Westminster Abbey.

Cekak kepala hitam yang dibalut kain baldu itu sangat tebal dan tinggi serta kelihatan seperti sebuah tiara.

Cekak kepala rona hitam menjadi pelenggap gaya Kate. - Getty Images 

Selain kerabat diraja seperti Kate, fenomena gaya cekak kepala tebal itu telah menjadi aksesori wajib beberapa influencer terkenal seperti Camila Coelho, Leonie Hanne dan Chiara Ferragni.

Gaya tersebut sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan stailo tanpa mahu kelihatan terlalu mencuba atau overdo.

Harga sepasang cekak kepala yang dijual bergantung kepada jenama dan kualitinya. - Elle

Harga bagi setiap cekak kepala tebal ini adalah bergantung kepada jenama dan kualitinya.

Berdasarkan cadangan oleh Majalah Elle, cekak kepala tersebut dijual pada harga serendah RM16.50 hingga RM1,135 sepasang.

cekak kepala tebal, aksesori

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain