suria

'Barbie' dapat anugerah tertinggi industri fesyen Amerika!

STATUS patung Barbie sebagai ikon fesyen global akhirnya mendapat pengiktirafan Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA).

Barbie yang memasuki tahun ke-60 dalam pasaran menerima trofi Board of Directors' Tribute pada Anugerah Fesyen CFDA yang berlangsung di Brooklyn baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda keluarga diraja Britain ada syarat berfesyen, berikut 10 peraturan itu

Menurut jurucakap CFDA, anugerah itu diberikan kepada patung popular itu kerana telah memberi banyak inspirasi kepada bidang fesyen Amerika Syarikat, selain menjadi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

Barbie bukan sahaja patung permainan tetapi menjadi ikon dalam dunia fesyen.

"Barbie meninggalkan banyak pengaruh kepada dunia fesyen serta budaya di Amerika dan pengiktirafan ini adalah sebagai penghargaan kepadanya," kata Steven Kolb yang juga presiden CFDA.

Barbie bukan sekadar patung mainan bagi kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia apabila ia pernah menjalinkan kolaborasi bersama Oscar De La Renta, Vera Wang, Tommy Hillfiger serta Moschino dalam rekaan pakaian untuk figura itu.

Sebelum ini, trofi sama pernah diberikan kepada Michelle Obama, Tom Ford dan Gloria Steinem.

Anugerah CFDA diadakan bagi meraikan pemain industri di negara Uncle Sam itu dan pernah mengangkat nama-nama besar seperti Raf Simons, Kim Kardashian dan Donatella Versace. - THE STAR 

Barbie

Artikel Lain