Nak ikut trend selebriti...potongan rambut 'bangs' pilihan terkini, tapi awas ada risiko! - Mode | mStar

Nak ikut trend selebriti...potongan rambut 'bangs' pilihan terkini, tapi awas ada risiko!

Potongan rambut gaya 'bangs' kembali mendapat perhatian selebriti terkenal Hollywood.

RAMAI sebenarnya bimbang untuk membuat potongan rambut bangs kerana ia sangat berisiko kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan seseorang itu.

Lebih malang sekiranya tersalah potong memang akan membuatkan anda menangis tak berlagu dengan stail rambut cacat!

Tapi nampaknya beberapa acara karpet merah di Hollywood baru-baru ini memberi petunjuk gaya bangs kembali menyinar apabila ramai selebriti tampil dengan imej tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak stailo tanpa overdo? Cuba bergaya dengan cekak kepala tebal yang kembali jadi trend

Sebelum nak ikut trend seperti selebriti kesayangan anda, apa kata cuba lihat pilihan potongan bangs yang ada agar tidak menyesal di kemudian hari.

1. Choppy

Supermodel Barbara Palvin melangkah yakin dengan choppy bangs yang pendek ketika menghadiri Anugerah Fesyen CFDA 2019.

Bukan Barbara sahaja malah pelakon Sophie Turner dan Milla Jovovich tampil dengan gaya sama dan benar-benar menyerlahkan raut wajah mereka.

Gaya ini untuk mereka yang berani dan mahukan kelainan!

2. Sleek

Pilihan yang lebih selamat dan 'naif' sudah tentutnya sleek bangs yang mampu menutup dahi luas serta memberi bentuk kepada wajah anda.

Jadi tidak hairan supermodel Naomi Campbell sering tampil dengan gaya rambut tersebut malah pernah mengadakan kelas untuk mengajar wanita untuk tampil yakin dengan potongan rambut itu.

3. Stail era 70-an

Bagi yang tidak mahu memotong pendek rambut depan mereka boleh cuba stail era 1970-an ala Farah Fawcett dalam Charlie's Angels!

Potongan yang lebih panjang pada bahagian depan dan disisir ke belakang memberikan ilusi berbeza malah pelakon Zendaya dan Hillary Duff nampaknya tampil dengan imej ini.

Dengan jutaan pengikut di laman sosial tak hairan kalau gaya era 1970-an ini kembali menyengat pada 2019. - THE STAR

Bangs , Gaya , Mode

Artikel Berkaitan

Artikel Lain