suria

Anak tiba-tiba meraung ajak pulang, mengaku disepak lembaga dalam gambar tergantung di dinding hotel

Gambar wanita meniup seruling dikatakan 'hidup' dan menyepak anak Ekin yang sedang tidur.

“ADIK tak mahu tidur hotel ni... adik nak balik, jomlah balik sekarang atau tidur dalam kereta! Adik benci gambar tu,” ujar kanak-kanak berusia 3 tahun sambil menunjukkan gambar dua sosok wanita yang sedang meniup seruling, tersergam indah di dinding bilik.

Sejak dari mula melangkah masuk ke bilik sebuah hotel di Perak, perangai Dani berubah aneh.

Malah ibunya, Nurul Asyikin, 31, terkejut apabila melihat anak lelaki keduanya itu tiba-tiba meracau dan meraung pada pukul 12.30 malam semasa mereka semua sedang tidur.

Memiliki kolam ikan bersebelahan bilik dan konsep Bali yang cantik mendorong Ekin menempah bilik hotel berkenaan.

Bilik yang cantik mendorong Ekin menempah hotel berkenaan.

Walhal, dia dan suaminya tidak merasakan sesuatu yang seram atau pelik ketika melangkah masuk ke dalam bilik tersebut melainkan Dani yang terus menegur bingkai gambar tersebut.

Dani asyik mengajak mereka pulang dan keluar dari bilik yang ditempah sehingga sanggup tidur di dalam kereta.

Yang peliknya adalah, gangguan tersebut hanya terkena kepada Dani sahaja manakala kakaknya yang berusia 5 tahun boleh tidur lena sehingga ke pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kembung seperti belon, air bisa bau hanyir meleleh apabila dipegang... Jururawat imbas saat urus mayat mangsa sihir

Lebih sejam juga keadaan Dani berlarutan begitu sehingga dia akhirnya tertidur disebabkan letih menangis.

Tambahan pula, bagi menenangkan Dani, mereka sekeluarga terpaksa tidur dalam keadaan terang.

Bahkan, televisyen turut dipasang di samping dendangan alunan surah Yasin tanpa henti sehingga ke pagi.

Menurut ibunya, Dani bukanlah seorang yang penakut.

1119144

Dani berkata dia tiba-tiba ditendang ketika tidur.

“Cuma kadang-kadang dia mengigau... dan selepas balik daripada percutian selama dua hari bermula 6 November lalu, dia semakin kerap mengigau.

“Apabila tibanya waktu malam, dia akan menangis. Tapi syukur Alhamdulillah, sekarang situasinya sudah kembali pulih,” ujar si ibu yang berasal dari Putrajaya.

Menceritakan semula kisah seram yang menyelubungi anaknya itu, ujar peniaga online yang mesra dipanggil Ekin, dia tidak menyangka percutian bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuhnya akan berakhir dengan mimpi ngeri.

“Iyalah, lokasi percutian tersebut dipilih kerana inginkan kelainan pada hari anniversary.

Pun begitu, selepas pulang daripada percutian berkenaan, dia dan suami dikejutkan dengan kisah misteri mengapa anaknya tiba-tiba meraung.

Katanya, Dani tiba-tiba membuka mulut dan menceritakan apa yang dialami pada malam mereka menginap di bilik berkenaan.

Mengakui punca kekalutan tersebut daripada gambar yang tergantung indah di atas kepala katil bilik hotel tersebut, ujar Ekin, anaknya tiba-tiba meraung kerana dia disepak semasa sedang tidur.

“Dani nyatakan yang figura di dalam gambar tersebut keluar dan menyepak badannya sehingga terjaga.

“Perlakuan tersebut membuatkan dia terkejut sehingga menangis dan meraung minta pulang ke rumah,” ujar Ekin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain