suria

[V] Gangguan jam 3 pagi Jumaat! Pelajar kolej bingung pintu diketuk kuat tapi tiada bayang, bunyi alih perabot di aras paling atas

Pintu diketuk dengan kuat seolah-olah ingin segera masuk.

JAM menunjukkan pukul 3 pagi, tiba-tiba kedengaran ketukan kuat di pintu seolah-olah seseorang meminta ia dibuka dengan segera.

Pada awalnya, Khairinatul menyangkakan bunyi datang dari bilik bersebelahannya, tetapi semakin lama ketukan kedengaran kuat.

Menyangkakan rakan sebilik sudah pulang dari bercuti dan terlupa membawa kunci, pelajar semester tiga, sebuah universiti di utara tanah air yang terjaga dari tidur ini bergegas membuka selak dan memulas tombol agar pintu dapat dibuka.

Lagipun, rakan sebiliknya memang gemar mengetuk pintu dengan kuat seperti itu.

Dia kemudian kembali semula ke katil untuk sambung tidur.

Namun selepas beberapa ketika, dia mendapati tiada siapa yang melangkah masuk.

Khairinatul melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 3 pagi.

Khairinatul melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 3 pagi.

Dalam kesamaran gelap, dia mengamati koridor luar melalui celahan bawah pintu bagi memastikan sama ada rakan biliknya masih di luar atau tidak.

Secara logiknya, bentuk kaki manusia akan kelihatan jelas meskipun dari celahan pintu tersebut kerana bahagian luar diterangi lampu putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni asrama histeria, pocong ikut solat Maghrib! Pelajar menjerit, menggelupur tengok wajah hitam berbungkus

Tapi anehnya, bukan sahaja sosok tubuh malah bayangan pun tiada.

Bagi mengelakkan perasaan takut menyelubungi diri, dia yang baru menghuni bilik tersebut sejak awal Oktober lalu cuba melelapkan diri dan enggan memikirkan kejadian yang membuatkan bulu romanya meremang.

Kejadian yang berlaku pada hari Khamis malam Jumaat, kira-kira jam 3 pagi itu kedengaran lebih kuat dari sebelumnya seolah-olah ‘dia’ mengetahui ‘perjanjian’ yang telah dibuat.

KHAIRINATUL

Bagaimanapun Khairinatul hanya mampu terdiam kaku di katilnya sehingga matahari menyingsing.

Koridor di luar biliknya diterangi cahaya lampur, namun tiada bayang kelihatan ketika ketukan berbunyi.

Koridor di luar biliknya diterangi cahaya lampur, namun tiada bayang kelihatan ketika ketukan berbunyi.

Keesokan harinya, dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rakan sekelas yang juga jiran biliknya di kolej asrama.

Namun, rakannya tidak mempercayai kerana mereka tidak mendengar sebarang bunyi ketukan seperti yang dinyatakan meskipun dia memaklumkan ia sudah berulang dua kali.

Bagi menegaskan situasi yang dialami itu, dia kemudian berjanji akan membuat rakaman video sekiranya kejadian tersebut berlaku lagi.

Tanpa diduga, beberapa hari selepas dia membuka cerita, pintu biliknya kembali diketuk kuat.

Kejadian yang berlaku pada hari Khamis malam Jumaat, kira-kira jam 3 pagi itu kedengaran lebih kuat dari sebelumnya seolah-olah ‘dia’ mengetahui ‘perjanjian’ yang telah dibuat.

Meskipun takut, Khairinatul gigihkan diri untuk merakam video sebagai bukti kejadian tersebut berlaku.

'Dia' berpindah ke aras atas selepas bacaan yasin dilakukan di bilik Khairinatul.

'Dia' berpindah ke aras atas selepas bacaan yasin dialunkan di bilik Khairinatul.

Dia kemudian berkongsi rakaman tersebut kepada rakannya dan di media sosial.

Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui ramai penghuni kolej asrama di bloknya berdepan dengan kejadian yang sama.

Malah penghuni bilik depannya juga mengakui pernah mengalami kejadian menyeramkan itu dan waktu berlakunya adalah sekitar jam 3.30 pagi, hari Jumaat.

Susulan kejadian itu, anak jati Kulim Kedah ini menceritakan hal sebenar kepada rakan sebiliknya meskipun dia mengetahui pelajar tahun akhir itu seorang yang penakut.

Mereka kemudian membuat majlis bacaan Yasin ringkas bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Khairinatul kini boleh menarik nafas lega kerana insiden ketukan kuat tanpa bayang itu sudah tidak mengganggu harinya.

Pun begitu, dia dikhabarkan bahawa kejadian sama menimpa penghuni di aras atas bloknya.

Lebih menghairankan apabila beberapa penghuni di aras empat sering mendengar perabot diubah sekitar jam 3 pagi selain kedengaran pekikan dan hentakan kaki ‘orang’ berlari meskipun mereka berada di aras paling atas bangunan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain