suria

Pesakit menjerit ada mayat dalam bilik, jururawat terkejut makhluk jelmaan bekas pesakit sejak 11 tahun lalu

Kelibat yang muncul meminta pesakit keluar daripada bilik di wad sebelum menghempas pintu. - Gambar Sekadar Hiasan

SEPANJANG 10 tahun Zaharah bekerja di sebuah pusat jagaan harian dan rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit kronik, dia tidak pernah mengalami sebarang kejadian seram dan menakutkan.

Bukan tidak pernah mendengar cerita tentang gangguan diterima rakan sekerjanya tetapi Zaharah memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit anak hilang, barang kemas ibu pula lesap... Penghuni rumah terkejut muncul kelibat ‘budak kecil’

Zaharah sentiasa menyematkan di dalam hati kerjanya adalah satu ibadah dan sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah sekiranya dia diganggu perkara-perkara ghaib.

Sejak bekerja di situ, sudah banyak kematian yang disaksikan Zaharah dan selepas 10 tahun ia sudah menjadi perkara biasa buat dirinya.

Tetapi tidak pada malam itu - dia yang diminta bertugas dua syif selama 18 jam, bertukar menjadi pengalaman ngeri buatnya.



Pesakit memberitahu ada mayat di bawah katilnya. - Gambar Sekadar Hiasan

Sejurus selepas menyelesaikan syif pertama, Zaharah mendapat rehat selama 90 minit dan mengambil keputusan untuk tidur di bilik rehat yang kebetulan terletak di laluan ke bilik mayat.

Takut? Zaharah memberitahu dia sudah terbiasa dan belum pernah mengalami perkara pelik setiap kali tidur di bilik tersebut.

Katil bergoncang, pintu bilik air terbuka

Seperti biasa Zaharah akan menutup pintu dan lampu kerana lebih selesa tidur dalam keadaan gelap tambahan pula ia bukan kali pertama dia tidur di dalam bilik berkenaan.

"Ketika itu pukul 1 pagi dan saya perlu manfaatkan waktu rehat selama 90 minit kerana masa bertugas masih panjang.

"Ketika baru nak lelapkan mata, saya terdengar bunyi 'bip'dan pintu terbuka dan kemudian ia tertutup. Saya terdengar bunyi stretcher ditolak memandangkan bilik rehat ini terletak di laluan untuk membawa mayat keluar dan mempunyai lif khas," katanya.

Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan pesakit itu kelihatan pucat dan menggeletar ketika memberitahu ada wanita tua di dalam biliknya. Lebih menakutkan dia memberitahu ada mayat di bawah katilnya.



ZAHARAH

Tanpa mengesyaki apa-apa, Zaharah memberitahu dia menghantar mesej kepada rakan sekerjanya untuk bertanya tentang kematian yang berlaku namun tiada balasan sehingga dia terlelap.

Tiba-tiba Zaharah memberitahu dia terasa katilnya digoncang kuat sehingga dia tersentak dan terjaga daripada tidurnya.

"Saya terus terbangun dan melihat keadaan sekeliling dan tiada siapa di dalam bilik... Dalam rasa mamai tu, saya terus bangun dan duduk di tepi katil dan baca ayat Qursi dan saya beranikan diri untuk mengintai di bawah katil namun tiada apa-apa.

"Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan kelihatan rakan saya menjenguk dari pintu dan bertanya sama ada saya terdengar bunyi pintu bilik mayat terbuka dan kebiasaannya sekiranya ada kematian pasti kami akan dihubungi oleh penyelia.

"Dalam kami sibuk berkongsi perkara pelik yang berlaku, tiba-tiba pintu tandas di dalam bilik rehat terbuka dan kami berpelukan kerana berasa takut," ceritanya.



Zaharah berlari ke arah bilik selepas pesakit memberitahu ada sesuatu di dalamnya. - Gambar Sekadar Hiasan

Namun kata Zaharah, dia berasa pelik kerana tiada siapa yang keluar daripada bilik air. Perasaan tidak tenang mula menyelubungi dirinya dan dia mengambil keputusan untuk menyambung tugasnya meskipun waktu rehat masih berbaki.

Mayat bawah katil, makhluk bertenggek atas almari

Ketika Zaharah sedang fokus menyiapkan laporan di kaunter, dia tiba-tiba terdengar suara pesakit menjerit sambil berlari ke arahnya dalam keadaan ketakutan.

Katanya, pesakit itu memberitahu ada seorang wanita tua di dalam biliknya yang memarahinya tidur di situ dan memintanya keluar.

"Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan pesakit itu kelihatan pucat dan menggeletar ketika memberitahu ada wanita tua di dalam biliknya. Lebih menakutkan dia memberitahu ada mayat di bawah katilnya," katanya.

Tanpa befikir panjang, Zaharah berkata, dia berlari ke arah bilik itu untuk melihat sama ada benar dakwaan pesakit berkenaan dan tiba-tiba bulu romanya menegak sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik tersebut.



Bilik rehat Zaharah berdekatan dengan tempat simpanan mayat.

"Bulu roma dan tenguk saya rasa mengembang, suasana bilik itu pula agak suram dan pandangan saya tertumpu ke arah atas almari. Ada makhluk sedang bertenggek dan saya seperti terpaku melihatnya di situ.

"Wajahnya bukan sahaja menakutkan tetapi ia mengingatkan saya kepada seseorang," jelasnya.

Jelmaan bekas penghuni sejak 11 tahun

Ia menjerit meminta saya keluar daripada bilik itu - seperti terpaku, Zaharah keluar dan tiba-tiba pintu bilik berkenaan tertutup dengan sendirinya sebelum dia berlari ke kaunter.

Agak lama Zaharah termenung kerana apa yang dilihatnya adalah bekas pesakit yang pernah menghuni bilik berkenaan sebelum dia meninggal dunia pada awal tahun ini.

"Dia antara pesakit paling lama berada di pusat ini, 11 tahun sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya di dalam bilik tersebut.

"Pernah beberapa kali, pesakit yang menginap di bilik itu minta tukar bilik kerana mengalami gangguan tetapi saya memang tak menyangka dengan apa saya lihat," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain