suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jom baca cara mudah nak tahu si bulus anda sihat atau sakit!

Tahap kesihatan kucing boleh dikesan menerusi beberapa cara.

KUCING adalah haiwan yang sangat kuat malah bijak menyembunyikan masalah kesihatan termasuk jika alami kesakitan.

Pun begitu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh diawasi bagi mengenal pasti sama ada kucing anda dalam keadaan baik atau tidak.

Petunjuk paling mudah apabila kucing anda menunjukkan simptom tidak bermaya atau tidak berminat dengan sebarang aktiviti yang biasa dilakukan seperti berlari dan bermain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan berkira! Bela kucing bukan sekadar beri makan... ini 5 perkara lain tak patut anda abaikan

Ia sebenarnya mungkin sedang menahan sakit dan segeralah membawanya berjumpa doktor.

Kucing bijak menyembunyikan kesakitan dialaminya. 

Antara petunjuk lain yang kucing anda dalam keadaan tidak stabil termasuk kucing anda hilang selera makan dan tidak membuang air besar seperti biasa.

Keadaan fizikalnya juga boleh memberi signal jelas kepada anda seperti bersin, mata berair, najis cair selain suhu pada telinganya panas.

Selain itu, pemeriksaan terhadap gigi dan gusi kucing juga boleh membantu anda mengesan tahap kesihatannya - jika ia dalam keadaan sihat anda tidak perlu bimbang.

Namun sekiranya gusi kucing kelihatan putih dan merah seperti membengkak ia adalah petunjuk terbaik untuk membawanya berjumpa doktor haiwan. - THE STAR

Kucing

Artikel Lain