FaceApp jadi kegilaan seluruh dunia! AS bangkit isu keselamatan, saran padam serta merta - I-suke | mStar

FaceApp jadi kegilaan seluruh dunia! AS bangkit isu keselamatan, saran padam serta merta

Kumpulan Jonas Brothers turut memuat naik foto mereka yang telah disunting menggunakan aplikasi FaceApp. FOTO: Twitter @jonasbrothers.

LAMAN sosial seperti Instagram mula dibanjiri foto-foto 'wajah tua' semenjak dua menjak ini.

Ia berikutan fenomena baharu dalam kalangan orang ramai yang menggunakan aplikasi FaceApp.

Menerusi aplikasi itu, mereka boleh menyunting foto biasa untuk diubah menjadi foto lebih berusia, dengan kesan khas seperti kedutan dan rambut beruban.

Bagaimapun, aplikasi yang dibangunkan dari Rusia itu turut terpalit dengan isu keselamatan.

Jawatankuasa Demokratik Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu membuat satu kempen untuk menentang penggunaan aplikasi itu.

Wajah disunting menjadi lebih tua menggunakan aplikasi FaceApp.

Menurut jawatankuasa berkenaan, isu keselamatan menjadi fokus utama memandangkan ia merupakan produk ciptaan negara Rusia.

"Ia tidak jelas setakat ini apakah risiko keselamatannya, tetapi lebih baik jika kita mengelakkan penggunaannya.

"Jika anda sudah menggunakan aplikasi itu, kami sarankan agar ia dipadam serta merta," ujar ketua jawatankuasa itu, Bob Lord.

Untuk rekod, aplikasi itu dilancarkan pada 2017 dan mempunyai lebih 80 juta pengguna.

Ia kemudiannya menjadi fenomena sekali lagi sejak beberapa hari lalu.

Cef terkenal, Gordon Ramsay turut menggunakan aplikasi itu.

Selebriti antarabangsa seperti penyanyi rap Drake, kumpulan Jonas Brothers dan cef Gordon Ramsay turut memuat naik foto suntingan mereka yang menggunakan aplikasi itu ke media sosial.

FaceApp dimiliki oleh Wireless Lab yang berpangkalan di St. Petersburg.

Dalam pada itu, pengasas FaceApp, Yaroslav Goncarov berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan memandangkan tiada data pengguna disalurkan ke Rusia.

Malah, mereka turut memadam foto pengguna dalam sistem mereka, dalam tempoh 48 jam selepas ia disunting. - Washington Post.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain