suria

Baru tahu rupanya kena siram papan pemotong dengan minyak panas... Kayu tahan lama, bebas bakteria

Penggunaan minyak panas dikatakan boleh membersihkan papan pemotong kayu. -Gambar hiasan AI

RAMAI tidak ambil peduli kebersihan alatan dapur seperti papan pemotong sehingga ia kelihatan hitam dan kotor.

Selain jenis plastik, ramai juga yang menggunakan papan pemotong kayu di rumah masing-masing.

Namun, tahukah anda terdapat cara spesifik untuk membersihkan papan pemotong kayu bagi memastikan ia boleh digunakan dalam tempoh lama?

Salah satu cara paling berkesan untuk memanjangkan jangka hayat papan pemotong kayu adalah dengan menggunakan minyak panas.

Kenapa minyak panas?

Minyak yang dipanaskan akan meresap masuk ke dalam liang-liang halus pada kayu, lalu mengisi ruang kosong yang boleh menyerap lembapan.

Ini secara langsung membantu mengelakkan kerosakan akibat air, kayu melengkung, serta memperlahankan proses keretakan.

Menariknya, teknik ini juga membantu 'menutup' kesan calar halus yang biasa berlaku pada permukaan papan selepas digunakan. 

Cara-cara

1. Bersihkan dahulu papan pemotong anda dengan sabun dan air suam. Pastikan ia benar-benar kering sebelum ke langkah seterusnya.

2. Panaskan minyak hingga suam, bukan mendidih melampau.

3. Tuangkan minyak panas ke atas permukaan papan, kemudian ratakan menggunakan kain bersih atau tuala dapur.

4. Biarkan ia meresap selama beberapa jam, atau semalaman jika perlu, sebelum digunakan semula.

Artikel Lain