suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puas buat eksperimen sabun, wanita berjaya cari kaedah cuci baju putih anak! Murah, mudah, hasil menakjubkan

Tip menggunakan sabun mandi ini dikatakan berkesan menanggalkan kotoran pada pakaian putih.

SESI persekolahan bagi tahun 2024 akan dibuka pada 10 dan 11 Mac ini.

Pada saat ini, golongan ibu pastinya sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang berkemampuan, tiada masalah untuk mereka membeli baju sekolah baharu.

Namun bagi yang kurang berkemampuan, apa kata cuba cara ini untuk membersihkan pakaian seragam anak yang kebanyakannya berwarna putih.

Menurut Leena Hassan, dia pernah membuat 'eksperimen' dengan menggunakan pelbagai jenis sabun dan cecair pencuci.

baju2

Pakaian putih paling berisiko untuk kotor, apatah lagi jika ia dipakai oleh kanak-kanak.

Hasilnya, pakaian putih sering bertukar kuning dan kelihatan kusam.

Akhirnya, dia berjaya mendapatkan cara paling berkesan dengan menggunakan sabun mandi sahaja.

Menurut Leena, pertama sekali dia akan memarut sabun buku untuk mandian itu.

Kemudian, rendam pakaian putih di dalam air bersama parutan sabun berkenaan.

Selepas dibiarkan selama satu malam, cuci baju seperti biasa menggunakan mesin basuh tanpa perlu menyetalnya.

"Hasilnya baju putih betul-betul putih seputihnya," kongsi Leena.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain