suria

Perabot terpakai bantu kurangkan pencemaran, jika bijak memilih rumah pasti bangkit seri

Pembelian perabot terpakai mampu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

PERABOT terpakai semakin mendapat tempat untuk mendekorasi kediaman dalam mencipta ruang lebih estetik.

Tidak hanya itu, perabot terpakai dan vintaj juga harganya jauh lebih berpatutan berbanding yang baharu selain rekaannya menampilkan ciri klasik dan retro.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimat duit, sangat mudah! Pembersih DIY ini mampu buat rumah anda harum, bersih dan segar

Sebenarnya pengeluaran dan pembuatan perabot baharu sangat berbahaya dan mampu memberi impak negatif terhadap alam.

Kajian turut mendapati pembelian perabot terpakai ternyata mampu mengurangkan pencemaran termasuk penghasilan karbon dioksida berlipat kali ganda selain mengurangkan kesan pembalakan.

Oleh itu, tidak salah untuk membeli perabot terpakai yang bukan sahaja menjimatkan malah dapat menyelamatkan bumi daripada terus terancam dengan pencemaran.

Tetapi sebelum membeli perabot terpakai ada beberapa tip boleh diketahui bagi memastikan barangan yang dibeli dalam keadaan baik dan berkualiti.

Repair-Sofa-Cushion

1. Menjelajah ke kedai perabot

Berkunjung ke kedai penjualan perabot terpakai dapat meluaskan lagi pengetahuan mengenai perabot sekali gus dapat mengganggar harga yang ditawarkan bagi setiap kedai.

Penjelajahan dari satu kedai perabot terpakai ke kedai perabot terpakai yang lain mampu memberi kita idea selain mempunyai pilihan lebih banyak.

2. Mengambil kira kualiti

Apabila sudah melawat banyak kedai perabot terpakai, cuba untuk kenal pasti perabot yang masih elok.

Ini kerana, perabot terpakai adalah perabot yang sangat lama jadi pelbagai kerosakan akan terjadi pada bila- bila masa sahaja.

Sebelum membeli, buat penelitian terhadap perabot yang ingin dibeli supaya tidak menyesal!

gbjknkn-1024x683

3. Beli perabot yang sesuai dengan keluasan rumah

Perabot terpakai kebiasaannya mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Jadi, sesuaikan pembelian perabot dan juga keluasan rumah supaya ruang rumah tidak menjadi sempit.

Sekiranya anda orang yang lasak dan pandai bertukang, cuba untuk hasilkan perabot sendiri mengikut citarasa yang anda suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea