suria

Peluh, air liur punca bantal jadi kuning... elak dibuang, ini cara bersihkannya dengan mudah!

Bantal yang bertukar menjadi kuning boleh dibersihkan.

KEBANYAKAN bantal yang dijual di pasaran berwarna putih dan malangnya meskipun menggunakan sarung bantal, ia mudah kotor dan menjadi kuning akibat peluh dan kotoran lain.

Membersihkan kotoran kekuningan itu bukan perkara mudah kerana sabun pencuci biasa tidak mampu menghilangkan kesan itu dan biasanya ramai hanya menjemur bantal di bawah cahaya matahari yang kononnya dapat mematikan kuman pada bantal.

ARTIKEL BERKAITAN: Daun pokok dalam rumah jadi hitam? Ini mungkin penyebabnya

Tidak perlu cemas, ada beberapa cara boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran kuning pada bantal dan cara mencegahnya.

Cara menghilangkan kotoran kuning pada bantal

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang membuatkan bantal menjadi kuning seperti peluh, air liur atau minyak dan tetesan air dari rambut.

61377f95a2f6f (1)

Jangan terus buang... Ada cara nak bersihkan kotoran pada bantal anda.

Selain serbuk pencuci, anda boleh menggunakan cecair cucian badan atau syampu untuk menghilangkan kesan kotoran itu. Caranya juga mudah, hanya dengan menyapu cecair itu pada kesan kotoran dan rendam di dalam air panas selama setengah jam.

Gunakan baldi besar untuk merendam bantal anda agar memudahkan anda memijak bantal yang direndam dalam cecair badan atau syampu bagi mengeluarkan kotoran yang melekat sebelum dibilas dengan air bersih.

Cara lain adalah merendam bantal anda dalam larutan campuran air dan cuka selama sejam dan kemudian mencucinya seperti biasa menggunakan mesin basuh.

Kesan kuning pada juga bantal boleh dihilangkan dengan melakukan beberapa cara lain, termasuklah;

1. Menggunakan pemutih pakaian - Anda hanya perlu memasukkan sedikit pemutih ke dalam air lalu rendam bantal selama 15 menit.

2. Menjemur bantal di bawah sinar matahari selepas dicuci - cara ini boleh memutihkan sarung bantal kerana sinaran matahari membuatkan kain berwarna pudar.

3. Menggunakan soda bikarbonat - Anda boleh menambahkan soda bikarbonat ketika mencuci.

hipwee-Depositphotos_271354652_s-2019-960x640

Syampu dan cecair mencuci badan boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada bantal.

Selain mencuci kesan kuning pada bantal, anda juga boleh mencegah kotoran itu daripada melekat pada bantal dengan cara berikut;

1. Sebelum tidur, sebaik-sebaiknya mandi terlebih dahulu untuk meghilangkan kotoran dan peluh dari badan agar tidak melekat pada bantal.

2. Anda boleh menggunakan sarung bantal dengan fabrik yang lebih tebal dan berwarna gelap agar peluh tidak mudah melekat pada bantal.

3. Campurkan cuka dan soda bikarbonat ketika mencuci bantal kerana selain ia boleh menghilangkan kotoran, ia juga mampu membersihkan bantal dengan lebih baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain