suria

Fakta atau auta? Si bulus penawar stres dan sunyi, dapat kurangkan risiko penyakit jantung pada manusia

Si bulus mampu mengatasi masalah penyakit jantung pada manusia.

KECOMELAN dan kelincahan kucing sering dikatakan mampu menghilangkan tekanan dan kebosanan. Disebabkan itu, kucing sangat digemari untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Ramai juga yang tidak tahu, memelihara kucing mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali sebagai sakit jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kucing kerap minta makanan? Ini 7 punca si bulus tetap lapar walaupun selepas makan

Buktinya dinyatakan dalam buku bertajuk "Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases" yang dikeluarkan oleh Journal of Vascular and Interventional Neurology.

Kucing sangat digemari orang ramai sebagai haiwan peliharaan.

Kajian menunjukkan risiko kematian orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing.

Kajian mengenai buku ini dijalankan oleh Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.

Data daripada Health and Nutrition Examination Study juga memperlihatkan penurunan risiko serangan jantung dengan memelihara si bulus.

Universiti Pennsylvania juga mendapati kajian berhubung individu yang memiliki kucing mempunyai risiko lebih rendah meninggal dunia disebabkan oleh sakit jantung.

Data tersebut disesuaikan dan dipertimbangkan daripada faktor usia, jenis kelamin, tekanan darah, merokok, diabetes dan kolesterol.

HighFive08370-1568x1045

Kucing bukan sahaja comel tetapi mampu membuatkan seseorang lebih sihat.

Lebih mengejutkan, kajian menunjukkan risiko kematian orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing.

Kejayaan mengawal tekanan adalah kunci utama terhadap serangan sakit jantung. Bagi pemilik kucing, mereka mampu mengawal keresahan dalam jiwa sekaligus boleh meminimakan stres.

Malangnya, belum ada kajian yang menunjukkan anjing mampu menurunkan risiko sakit jantung atau strok.

Para penyelidik juga beranggapan bahawa mungkin disebabkan karakteristik setiap anjing yang berbeza.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain