suria

Bukan hanya manusia, kucing pun boleh tumbuh jerawat... tapi apa puncanya?

kucing juga boleh mengalami masalah jerawat terutamanya pada bahagian dagu.

SEPERTI manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kulit termasuk jerawat. Perkara ini boleh berlaku disebabkan si bulus turut memiliki kelenjar minyak pada tubuhnya.

Jerawat kucing disebabkan oleh folikel rambutnya yang tertutup disebabkan penghasilan keratin berlebihan yang merupakan protein pada kulit kucing apatah lagi kucing menghasilkan minyak di seluruh tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika kucing sukar kencing, bertindak segera jika si bulus ada salah satu daripada 7 tanda ini

Bagaimanapun terdapat beberapa bahagian pada tubuh kucing yang menghasilkan lebih banyak minyak seperti dagu, ekor, kelopak mata, tapak kaki dan testis bagi kucing jantan.

Perkara ini menyebabkan jerawat mudah tumbuh pada bahagian-bahagian tersebut.

6082694bd3a89

Ada pelbagai sebab mengapa kucing tumbuh jerawat.

Seperti manusia, jerawat pada kucing juga boleh menjadi teruk apatah lagi jika ia terdedah kepada bakteria dan kuman yang menyebabkan jerawat mengambil masa untuk sembuh termasuk boleh bernanah.

Penyebab kucing berjerawat

Beberapa kajian mendapati jerawat pada kucing boleh berlaku disebabkan tekanan, elergi terhadap persekitaran selain faktor pemakanannya dan biasanya jerawat pada kucing akan tumbuh di bawah dagunya.

Seperti manusia, masalah ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi faktor tumbuhnya jerawat pada kucing selain kucing yang belum disteril, ia lebih rentan untuk mengalami masalah itu.

Ini kerana kucing yang belum disteril memiliki kelenjar sebaceous yang sangat aktif sehingga boleh menghasilkan lebih banyak minyak dan jerawat.

Meskipun jerawat pada umumnya tidak membahayakan, tetapi pemilik harus berhati-hati sekiranya ia dijangkiti kuman yang akan menyebabkan keadaan menjadi teruk.

Selain sentiasa membersihkannya, penggunaan betadin dan air suam untuk membersihkan bahagian yang terkesan dapat membantu mempecepatkan proses pemulihan.

Pemakanan kucing juga perlu diberi perhatian seperti memperbanyakkan pemberian makanan kering yang mengandungi Omega 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea