suria

Dari Perak ke Venice... 7 artis bakal pamer karya seni mereka di Archivi della Misericordia

'Pera Flora Fauna' ke persada antarabangsa di Archivi della Misericordia, Venice, Itali.

SEJARAH bakal tercatat apabila karya seni dan budaya dari negeri Perak akan dipamerkan di Venice, Itali tidak lama lagi.

Kerajaan negeri melalui People of Remarkable Talents (PORT) akan membawa hasil kesenian dan budaya bertajuk 'Pera+Flora+Fauna' ke persada antarabangsa menerusi acara Archivi della Misericordia yang diadakan di Venice.

ARTIKEL BERKAITAN: Cintai seni warisan dan budaya... lelaki ini cetuskan ‘Misi Mencari Melayu’

Karya-karya tersebut akan dipersembahkan secara estetika melalui pameran yang akan diadakan bermula pada 23 April hingga 27 November 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, juga merangkap ahli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Nolee Ashilin Mohammad Radzi berkata, Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna, aset negara serta sejarah.

Atas dasar itu, beberapa karya menarik bakal ditampilkan di Venice selain memberi peringatan dan kesedaran kepada seniman dan khalayak kepentingan memupuk rasa hormat terhadap budaya.

1 Azizan Paiman

1. Azizan Paiman - Stesen Jana Kuasa Dari Sumber Alam

Noor Azizan Rahman Paiman kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Metropolitan Manchester dan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengetengahkan karya seni dengan menyentuh adat istiadat sosial, politik, jantina dan peristiwa semasa.

Oleh itu, karya seni beliau sering diilhamkan oleh perubahan pantas dan sengit yang dilalui Malaysia sebagai sebuah negara selama ini.

Lebih membanggakan, beberapa karya seni beliau yang kini menjadi koleksi tetap Muzium Seni Asia Fukuoka di Jepun, Galeri Seni Queensland dan Galeri Seni Moden di Australia, dan Muzium Seni Singapura serta Galeri Seni Negara di Malaysia.

Menariknya, pada kali ini, dirinya akan mempamerkan karya seni di Venice iaitu Stesen Jana Kuasa Dari Sumber Alam yang diilhamkan daripada perubahan zaman dan alam sekitar.

2 Kamal Sabran

2. Kamal Sabran - Ssegar Angin

Kamal Sabran ialah seorang artis yang berpusat di Ipoh, Perak selain rata-rata karya seninya menyentuh sains dan teknologi.

Sebagai contoh, seni lukisan, seni video, filem pendek, seni bunyi, muzik eksperimen, seni persembahan dan pemasangan seni elektronik beliau yang kini ditayangkan di ruang seni dan festival di peringkat antarabangsa.

Malah, keupayaannya untuk membangkitkan rasa sedih dan pedih tentang tempat dan masa menggunakan teknologi media baharu membolehkannya menang 'Anugerah Artis Media Baharu Terbaik' Muda dan Kontemporari dari Balai Seni Lukis Negara Malaysia pada 2004 dan beberapa lagi anugerah lain.

Dalam pada itu, pameran di Venice akan mengetengahkan persembahan muzik dan tarian daripada Kamal Sabran dan ahli kumpulan yang lain.

3 Kim Ng - Copy

3. Kim NG - Bunyi Senyap Benih

Manakala Kim Ng pula, dilahirkan di Johor pada 1965 dan menetap di Ipoh, Perak sejak 2000 selepas pulang dari pengajian di UK.

Dia menubuhkan studionya di Kuala Lumpur, iaitu tempat tinggal dan bekerjanya sekarang. Kim Ng juga memegang jawatan sebagai Ketua Seni Halus di Dasein Academy of Art, Kuala Lumpur, sebagai pendidik dan mengurus jabatan itu sejak 2002.

Bagaimanapun, sebagai seorang artis dan pendidik yang terlatih, Kim Ng mengasah kemahirannya dalam seni pelbagai disiplin sejak 30 tahun yang lalu dan telah banyak terlibat dalam persada seni tempatan.

Lebih menakjubkan, karya beliau sering dijadikan koleksi oleh beberapa individu pengumpul karya seni dan syarikat persendirian. Bagaimanapun, pada kali ini Kim NG bakal membawakan karya seni bertajuk Bunyi Senyap Benih daripada sumber alam ke Venice.

4 Projek Rabak - Copy

4. Projek Rabak - Hik Bersamak

Manakala, Projek Rabak telah ditubuhkan pada 26 Januari 2011 di Ipoh. Pada awalnya, ia diasaskan oleh enam belia dengan matlamat untuk meraikan seni.

Kolektif artis itu juga dengan segera mengadakan acara pertama mereka yang bertajuk 'Wayang Rabak' iaitu sebuah tayangan filem selain menjual sandwic sehingga berjaya mengumpul pendapatan pertama mereka untuk digunakan dalam acara seterusnya.

Atas dasar itu, beberapa tahun kemudian, Projek Rabak berjaya membuka pelbagai projek seperti rumah penerbitan buku, Rabak-Lit (2012), ruang seni pertama mereka iaitu Khizanat (2013), dan festival seni selama seminggu ‘Ipoh Kreative’ (2015) dan pelbagai lagi.

Bagi pameran di Venice pada kali ini, mereka akan mempamerkan karya bertajuk 'Hik Bersamak' dengan mengetengahkan nilai seni, budaya dan persahabatan.

5. Saiful Razman - Rumah Saya Dan Angkasa

Selain itu, Saiful Razman pula memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang seni lukis di Universiti Teknologi Mara, pada tahun 2003.

Selama bertahun lamanya, beliau meneroka segala-galanya daripada kolaj berinspirasikan pop sehingga kepada lukisan minyak abstrak yang bermain dengan warna dan corak.

Bagaimanapun, karya semasanya melibatkan objek harian dan barang pakai buang, seperti kain kasa perubatan dan kertas tisu. Barangan harian biasa ini kemudiannya dimanipulasi dan diperkukuh menggunakan pelekat polivinil dan polikrilik untuk membina permukaan yang lebih besar selain mengekalkan ciri fizikalnya.

Dalam pada itu, April ini bakal mempamerkan karya beliau yang bertajuk 'Rumah Saya Dan Angkasa' yang menunjukkan alatan perkakasan untuk membuat rumah.

6 Stefano Cagol

6. Stefano Cagol - Antagonismus

Stefano Cagol (Trento, 1969) pula belajar di Akademi Brera di Milan dan Universiti Ryerson di Toronto dengan persekutuan pasca kedoktoran daripada kerajaan Kanada.

Beliau juga merupakan antara penerima anugerah di Majlis Itali (2019) Kementerian Kebudayaan Itali dan anugerah seperti Lawatan E.on Stiftung dan Terna untuk Seni Kontemporari.

Cagol yang kini bekerja dalam bidang Seni Konseptual, Seni Alam Sekitar, Seni Eko dan Seni Tanah banyak mengetengahkan mengenai sempadan, virus, bendera dan isu iklim selama bertahun lamanya.

Kini beliau akan membawakan tayangan video berdurasi lapan minit di Venice dengan menyentuh bagaimana untuk berkomunikasi bersama alam sekitar yang bertajuk 'Antagonismus'.

7. Fadly Sabran (Kapallorek Artspace) - Karoog Kiha Nyep-Rapuh Kian Lenyap

Seterusnya, Kapallorek Artspace ialah ruang seni bebas yang dibentuk pada tahun 2014. Ia diasaskan oleh Fadly Sabran dan berpusat di Seri Iskandar, Perak.

Ia juga beroperasi sebagai organisasi tanpa memungut keuntungan yang berkhidmat sebagai platform alternatif untuk Artis Media Baru Muncul, Seni Antara Disiplin, Eksperimen Artis dan Penyelidik.

Kapallorek Artspace bertujuan untuk mengadakan pameran, bengkel, seni persembahan dan sesi dialog dan perkongsian tentang amalan kreatif mereka dengan masyarakat setempat.

Pada kali ini, Kapallorek akan menayangkan video berdurasi 15 minit bertajuk 'Karoog Kiha Nyep-Rapuh Kian Lenyap' tentang sebuah khazanah peninggalan orang terdahulu iaitu dinding batu yang digunakan untuk melakar dan melukis yang berusia sekitar 3000 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain