suria

Siapa kata lagu patriotik susah jadi fenomena? Nasty Rock Crew terkejut tarian lagu Keluarga Malaysia tular di TikTok

Muhammad Firdaus bersama Nasty Rock Crew tampil dengan tarian lagu Keluarga Malaysia.

SIAPA sangka perkongsian video tarian di laman sosial TikTok telah mengubah nasib sekumpulan penari muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Nasty Rock Crew.

Video tarian berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu mencipta fenomena di laman sosial itu sehingga tular dan ramai mula melakukan dance challenge menggunakan lagu sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersenarai antara 10 negara paling banyak twit mengenai Kpop, Army Malaysia berjaya kumpul dana bantu mangsa banjir

Kebanyakan pengikut Tiktok kumpulan itu mengakui berasa kagum dengan tarian yang diketengahkan dan turut mencuba menghafal langkah tarian yang dicipta oleh Nasty Rock Crew.

WhatsApp Image 2022-01-26 at 1.58.13 PM

Nasty Rock Crew ditubuhkan sejak 2010.

Salah seorang ahlinya, Muhammad Firdaus, berkata, tarian itu sebenarnya dihasilkan secara suka-suka dan sudah menjadi rutin mereka untuk mencipta langkah dan tarian baharu sebagai latihan.

"Secara dasarnya apa kami lakukan sekadar suka-suka dan sudah menjadi rutin kami berlatih bagi mencipta gerakan baharu menggunakan pelbagai lagu.

"Siapa sangka perkongsian kami itu menjadi tular dan semakin ramai tampil dengan dance challenge menggunakan tarian dan lagu tersebut," katanya kepada mStar.

Muhammad Firdaus berkata, penggunaan lagu Keluarga Malaysia itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat patriotik secara tidak langsung.

KREW 2

Sambutan terhadap dance challenge itu cukup luar biasa.

Apatah lagi ketika ini, negara sedang berada dalam pandemik dan dance challenge itu sekurang-kurangnya dapat mengingkatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bersatu padu sebagai sebuah keluarga yang harmoni.

Atas sebab itu juga, dia bersama rakan-rakannya mengambil keputusan untuk mengetengahkan dance challenge itu secara serius di TikTok malah peserta yang menyahut cabaran berpeluang memenangi hadiah hebat seperti iPhone dan wang tunai.

"Apabila melihat ia mendapat sambutan luar biasa, kami fikir mengapa tidak jadikan ia sebagai satu cabaran dan tawarkan hadiah menarik.

"Ia bukan sahaja dapat menunjuk bakat anak muda tetapi pada masa sama menaikkan semangat patriotik dalam diri mereka," katanya yang memberitahu pertandingan itu akan berlangsung sehingga 7 Februari ini.

WhatsApp Image 2022-01-26 at 1.58.13 PM (4)

Nasty Rock Crew sudah banyak melakukan persembahan dan menyertai pertandingan.

Tambah Muhammad Firdaus, dia gembira apabila melihat ramai menyertai cabaran itu yang menunjukkan kreativiti dan semangat patriotik dalam diri mereka.

Bercerita pula mengenai Nasty Rock Crew, Muhammad Firdaus memberitahu kumpulan itu ditubuhkan pada Oktober 2010.

Bermula sebagai hobi dan aktiviti menghabiskan waktu lapang bersama rakan-rakan, Muhammad Firdaus memberitahu tarian mula menjadi rutin sehingga mereka mampu mencipta pelbagai gerakan baharu dan meluaskan rangkaian dalam lapangan ini.

Malah sepanjang penglibatan mereka dalam dunia tarian, Muhammad Firdaus berkata, kumpulan itu telah menyertai pelbagai pertandingan selain mengadakan persembahan di seluruh negara malah pernah meraih gelaran juara pertandingan tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada 2015.

WhatsApp Image 2022-01-26 at 1.58.13 PM (1)

Kumpulan ini sering tampil dengan idea-idea baharu.

“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan sahaja satu hobi tapi ia juga aktiviti menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok, dan ia menghiburkan pengikut kami”, jelasnya.

Mengulas mengenai pandangan kononnya, aktiviti street dance ini sering dikaitkan dengan golongan tidak bermoral, Muhammad Firdaus menyangkal dakwaan itu dan menganggap itu adalah pandangan salah dan skeptikal.

Sebaliknya, aktiviti itu bukan sahaja menjurus ke arah semangat berkumpulan tetapi menggalakkan mereka yang terlibat untuk proses berfikir, memberi idea baharu selain mengasah minda seseorang agar lebih kreatif dan cergas.

"Apa yang orang nampak hanya sekumpulan anak muda berkumpul dan menari tetapi di sebalik itu ada benda lain tentangnya malah ia lebih sihat dan bermoral berbanding melepak tanpa hala tuju," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain