suria

Jom serbu! Promosi gila-gila POPULAR, rebat sehingga 80 peratus antara tawaran mengancam... nak menderma pun boleh

Mly_Online Article

DISEBALIK kehadiran teknologi dalam kehidupan era masa kini, hobi membaca masih lagi menjadi pilihan sebilangan individu.

Sebut sahaja mengenai hal itu, pasti ramai dalam kalangan kita yang terfikir mengenai kedai buku POPULAR yang sering menjadi pilihan ramai sejak dulu hingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau harga barang mahal? Inilah masa untuk anda berbelanja di MR DOLLAR, harga barangnya tak naik-naik... RM2 atau RM5 je!

Bagaikan satu khabar gembira buat penggemar buku dan kaki novel, kedai POPULAR akan menganjurkan Promosi Penghabisan Stok bermula 24 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 di Aras 5 Event Hall, pusat beli-belah, The Starling, Petaling Jaya, Selangor.

Selain buku dan novel, pelbagai bahan bacaan, gajet dan produk IT, alat tulis, buku revisi, CD dan banyak lagi tersedia untuk anda dengan rebat sehingga 80 peratus melalui Promosi Penghabisan Stok ini.



Promosi Penghabisan Stok bermula 24 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 di Aras 5 Event Hall, pusat beli-belah, The Starling, Petaling Jaya.

Berikut merupakan tawaran hebat yang menanti anda:

1. Rebat sebanyak 50 peratus untuk gajet dan produk IT. Sekiranya anda beli melebihi tiga gajet dan produk IT terpilih, anda dapat nikmati rebat sebanyak 80 peratus. Beli lebih dan jimat lebih lagi!

Mly_Online Article

2. Pelbagai pilihan alat tulis yang sesuai untuk kegunaan pejabat dan pembelajaran, sekarang rebat sehingga 90 peratus.

Mly_Online Article

3. Buku-buku bahasa Inggeris terpilih boleh didapati dengan hanya RM20 bila anda beli lima buah buku.

Mly_Online Article

4. Pelbagai buku rujukan untuk pelajar-pelajar pun dapat promosi rebat sebanyak 50 peratus.

5. Jika anda belanja RM100 dan ke atas menerusi Promosi Penghabisan Stok POPULAR, anda juga akan mendapat RM10 baucar promosi.

6. Belian dengan belian. Berbelanja sehingga RM60 untuk menikmati harga luar biasa bagi Powerbank ONPRO MB-F1 10,000mAh 18W PD+QC untuk RM75 (Harga Biasa: RM129.90) yang mana ia tertakluk kepada satu unit setiap item bagi setiap pelanggan.

Wah, berbaloi, kan? Selain promosi ini, anda juga boleh membuat sumbangan buku-buku lama dan buku baharu.

Program amal menderma buku yang bertema Read. Love. Share Charity Bookcase ini akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya (1), Bandar Bukit Beruntung; SK Parit 6, Sungai Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur dan SJKC Tanjung Sepat di Kuala Langat, Selangor.

Selain itu, derma lima buah buku dan ke atas, anda akan menerima sebuah buku nota Win-Win comel bernilai RM9 dan sekeping Baucar Promosi RM5 sebagai tanda penghargaan!

Eksklusif Ahli Kad POPULAR

Daftar atau perbaharui Kad/e-Kad Privilege 3-Tahun dapat sebuah Beg Kitar Semula Boleh Lipat eksklusif/ Kad/e-Kad POPULAR 1-Tahun dapat sebatang Pen Penyerlah Stabilo.

Ada lagi, anda boleh mengambil gambar (tangkapan skrin) artikel ini untuk menikmati rebat tambahan sebanyak RM2 dengan pembelian RM40 di Promosi Penghabisan Stok POPULAR di The Starling, Petaling Jaya Aras 5 Event Hall.

Ayuh, usah tunggu lagi, klik tengok e-risalah atau layari laman Facebook POPULAR Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Jadi apa tunggu lagi, jom kita serbu sekarang. Tapi jangan lupa kekal jaga prosedur operasi standard (SOP) OK!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain