suria

Malaysia sambut World Bamboo Day secara maya, banyak aktiviti boleh disertai sepanjang September

Bersempena dengan Hari Malaysia, program menanam buluh akan diadakan di seluruh negara.

BERSESUAIAN dengan situasi pandemik ketika ini, sambutan World Bamboo Day kali ke-10 di Malaysia akan diadakan secara maya.

Di seluruh dunia, sambutan itu disambut pada 18 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lautan ungu' strategi pemasaran baharu industri perkayuan negara

Di Malaysia pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memeriahkan acara itu dan ia akan berlangsung sepanjang bulan September 2021.

Sejak 1 September lalu, dua program membuka tirai iaitu Pertandingan Mewarna bagi pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 sekolah rendah serta Program Larian Maya sejauh lima kilometer telah diadakan.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut 16 September ini, program menanam buluh secara serentak juga akan diadakan di seluruh negara dengan penanaman sebanyak 100 rumpun buluh.

WhatsApp Image 2021-09-13 at 10.12.28 AM

Pelbagai aktiviti menarik diadakan bersempena World Bamboo Day.

Sementara itu, majlis perasmian Worl Bamboo Day (WBD) Malaysia 2021 akan berlangsung pada 20 September yang turut memperlihatkan pelancaran Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030.

Tidak ketinggalan turut berlangsung adalah Forum Kelestarian Industri Buluh Malaysia 2021 dan dua siri webinar berkaitan Penggunaan Buluh Dalam Industri Pembinaan dan Perladangan Buluh pula akan berlangsung sebagai penutup kepada sambutan WBD Malaysia 2021.

Pengisian setiap aktiviti WBD yang dirancang pada tahun ini adalah bermatlamat untuk terus memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai potensi buluh dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan menjadikan buluh sebagai bahan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut bagi setiap program yang dianjurkan ini, boleh layari laman web MTIB atau Facebook MTIB dan World Bamboo Day Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah